Monday, December 31, 2007

Nothing.. just wanna write something here..

Arghhhhh.. dah lama aku x melawat blog sndiri huhu.. bnyk cerita yg aku nk cerita tp x dpt nk di ceritakan lagi pasal xde masa sgt utk aku cerita walaupun sebenarnya xde laa lama mana masa yg aku amik utk cerita benda yang aku nak cerita... arghhhhh hahah... berapa bnyk cerita daaaaaa..

aku agak sibuk skg ni... "buat duit!" .. itu yg membe aku selalu cakap.

Aku ada pergi menjelajah ke Melbourne pulak selepas ke Tasmania. Start on 20-25 Dec 07. BTW raya korban kat sini 19 Dec kat sini. Nanti bile kerja aku dh berkurangan... aku akan update apa2 yang patut hehehe... utk diri aku jugak.. kalu x tulis nanti aku lupe... dats y aku dapat nama "TOQWAN"... Adios!

Wednesday, December 19, 2007

Temuduga Kerja : Apa Kunci Kejayaannya ?

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Menurut statistik undian yang dikumpulkan di web ini. Kelihatan jelas bahawa pelawat web zaharuddin.net kebanyakannya adalah golongan muda berumur 22- 30 tahun, lelaki dan wanita.

Pada hemat saya, adalah amat baik jika saya memberikan sedikit manfaat berkenaan kemahiran temuduga buat pengunjung terutamanya bagi mereka yang masih dan sedang bergelumang dengan dunia mencari pekerjaan dan temuduga.
Berdasarkan puluhan sesi mengendalikan temuduga semasa bertugas di industri korporat dan juga beberapa pengalaman rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya terlibat sebagai panel untuk menemuduga calon-calon yang punyai keputusan cemerlang seperti CGPA 3.5 ke atas, 'Mumtaz', 'First Class', 'Distinction' dan sebahagiannya mempunyai Ijazah Sarjana.
Malangnya, banyak kali saya dan rakan-rakan di sektor swasta dapati individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang di Universiti tetapi ianya tidak banyak membantu calon semasa temuduga.

Saya bimbang degan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya.

Saya bimbang, munculnya graduan yang cemerlang atas kertas kerana kecekapannya menghafal silibus sahaja. Akhirnya, sekali dicuba di alam realiti, tersungkur jatuh dengan sekali cubaan sahaja. Kerana itu, bagi saya soalan peperiksaan perlu diolah dalam bentuk yang lebih praktical dan mementingkan kefahaman berbanding hafalan semata-mata.

Tidak dinafikan kita inginkan pelajar menghafal, tetapi adalah hafalan berserta kefahaman sehingga bila dibawakan satu soalan dan situasi mencabar, ia mampu menjawab dan mengadaptasikan formula hafalannya dalam konteks semasa. Mampu memperkembangkannya dan bukannya hafalan kosong.

Jika anda bagaimana seorang tukang masak biasa menjadi Chef yang hebat. Jawabnya, adalah dengan mempelajari dan menghafal resipi asal dari seorang guru, kemudian mencuba dan mempelbagaikan ramuan sendiri. Akhirnya lahirlah resipinya sendiri dan rasa tersendiri. Resipi asal hanya menjadi titik mula untuk menjadi kreatif. Itulah nilai tambah yang dikehendaki dalam proses menuntut ilmu. Iaitu memperkembangkan ilmu.

Mungkin kerana itu, pendedahan berpersatuan dan berprogram di universiti amat penting dalam pembentukan graduan yang cekap dan kreatif dalam menangani masalah dan soalan-soalan panel temuduga.
Melalui tulisan ringkas ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman.

Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.

Soalan Biasa
Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-
"Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda"
Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.
Jawapan calon bagaimana?
"Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini"
"saya sekolah tadika di..., "
"Saya sudah berkahwin dah punyai ....anak"
Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu kekurangan pada minda calon dan 'disadvantages' buat calon tersebut.
Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.

Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-
1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.
2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)
3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.
Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan silsilah keluarga, nama emak, nama atuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.
Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.

Tahap Satu
Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-

1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.
Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.
Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.

2) Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.
Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.
Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.
Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain"
Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.

3) Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.
Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak membantu,
Kenalan saya pernah memberitahu bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah hingga ada yang mengatakan :
"Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya"
Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.

4) Mengapa kerap menukar kerja?
Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya, 'melompat-lompat'.
Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian Managing Director dalam sektor 'Oil & Gas' pernah berkata kepada saya :
"Semua calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah reject"
Lihat, malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan.

Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-
1) Tidak setia kepada satu-satu organsasi.
2) Gila pangkat.
3) Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.
4) Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.
5) Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.
6) Kurang kemahiran interpersonel.

Tahap Kedua
Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-
  • 1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
  • 2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap
  • 3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
  • 4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
  • 5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.
Ini adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang dipohon adalah sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.
Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik.

Bagaimanapun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon, walaupun hanya bagi jawatan eksekutif.

Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal ini. Antaranya :-

a- Tidak yakin dengan jawapan.
Ada dua jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.
Bagi soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab, mereka masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada sumber-sumber tertentu.
Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.
Ini tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,
"Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini"

b- Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang.
Ini adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif, tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar "InshaAllah" dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi.
Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bakat calon untuk diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat.

c- Merendah diri.
Benar, merendah diri adalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan 'over' tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatanyang dipohon.

d- Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan.
Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga. Ia mudah menganggu debaran hati dan jantung anda. Bayangkan anda sedang berbincang dengan guru sahaja.
Bagi sektor swasta, kemampuan calon menunjukkan ketenangannya dan relaksnya dalam temuduga mampu memberi kredit kepada calon. Ia membuktikan calon adalah orang yang boleh menanggung beban dan stress kerja swasta yang biasanya sibuk dan tertekan.

Tahap akhir
Sebagai ringkasan dalam tulisan ini, panel akan melihat kepada gaji semasa anda, dan gaji yang dipohon.
Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon mesti berhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan.
Justeru, 'expected salary' mestilah melihat kepada 'salary scale' di dalam pasaran dan gaji calon sekarang.

Untuk itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif di bidang perbankan sebagai contoh. Atau sector pendidikan dan lain-lain. Jangan membuka kelemahan diri dengan memohon gaji seorang pengurus atau gaji seorang pekerja kilang sahaja.
Jangan letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah berbanding kelulusan anda.
Jika anda seorang yang cemerlang dan punyai sarjana yang specifik dalam jawatan dan bidang tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa, jika dalam sektor perbankan Islam sebagai contoh, jangan letak kurang dari RM 3000 sebulan.

Jika calon meletakkan bawah dari RM 3000 dengan kreteria yang disebut di atas, ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang matang dalam sektor pekerjaan.
Jika calon punyai pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon sebanyak RM 6000. Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika tidak di hadapan calon, dibelakang sudah tentu agaknya.

Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji yang dijangka. Termasuk aspek :-
1) Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Semuanya punyai 'scale' yang berbeza.
2) Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.
3) Jenis Kemahiran : jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan permohonan sedikit tinggi.
4) Jenis Jawatan : Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah nama jawatan, iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa. Semua mempunyai scale masing-masing.
Justeru, calon perlu merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk menentukan gaji jangkaan. Jangkaan yang tepat pula pastinya akan ditanya oleh panel,
"Mengapa anda layak dengan gaji sebanyak ini?"
Jawapan perlu disediakan dari awal. Elok juga disebutkan kepada panel bahawa ia terbuka untuk perbincangan. Tatkala itu, panel akan bertanya lagi;
"Berapa minimum yang anda boleh agaknya?"
Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapan dari awal.
Oleh kerana biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai serba siedikit prestasinya dan respon panel temuduga dalam meletakkan aras minimum gaji yang dijangka. Jika panel kelihatan menyukai anda dan anda juga kelihatan 'performed' dalam temuduga, bolehlah anda nilaikan gaji minimum yang sedikit tinggi. Demikian sebaliknya.

Soalan Penutup
Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:
"Do you have any question?" atau " Saudara/i ada apa-apa soalan?"
Kebanyakan calon akan mengatakan ‘Tiada soalan"
Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.

Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak 'performed' di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.

Demikianlah, beberapa nasihat dan pandangan ringkas saya buat bejkalan rakan-rkaan pengjung http://www.zaharuddin.net/ yang majoritinya beumur 22- 35 tahun. Sudah tentu proses temuduga akan berterusan dalam usia ini. Harapan saya, ia mampu membantu serba sedikit persiapan karier anda agar lebih berjaya.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :-
إن الله عز وجل يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang kamu apabila ia melakukan sesuatu kerja, ia sentiasa memperkemas dan menekuninya" (Riwayat At-Tabrani, terdapat komentar terhadap seorang perawinya iaitu Mus'ab bin Thabit, Ibn Hibban men ‘thiqahi'nya , dan majority melemahkannya)
Menurut sebuah hadis sohih pula :-
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ على كل شَيْءٍ فإذا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وإذا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أحدكم شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Ertinya : "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan al-ihsan (professional, ketekunan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih maka perelokkanlah cara pemyembelihanmu, hendaklah ditajamkan alat sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih" ( Riwayat Muslim, 3/1548 )

Kedua-dua hadis ini menganjurkan kecekapan dan professionalism dalam kerja. Tingkatkan ilmu dan kemahiran bermula dari proses temuduga. Moga Allah bersama kita sentiasa.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
7 November 2007
26 Syawwal 1428 H

Sunday, December 9, 2007

- r u sure or not - trip Dec 07

R U Sure or Not Trip Member: Lazu, fifi+Hisyam, to'wan, Marl+Ahmad Dhani, Hani Chech, Clumsy GPS, Invisible Girl, Mira

Date: 1 – 6 Dec 07

Flight Departure: 1 Dec, 0850 (Virgin Blue $71)

Flight Return: 6 Dec, 0620 (Jetstar $101)

Main Transport: Tarago 8 seaters (Company: Hertz)

** Hisyam & Ahmad Dhani adalah kamera yg mempunyai nama :D

** Tarago = Toyota Estima

1st Day

Sydney - Launceston (City, Basin Chairlift) - Railton - Sheffield - Promise Land (Tasmazia) - Mt Roland (Lake Barrington) - Cradle Mountain (Cosy Cabin cottage)

2nd Day

Cradle Mountain (Cosy Cabin cottage) - North Cradle Mountain National Park (Dove Lake) - South Cradle Mountain National Park (Lake St Clair) - Mt Field (Russell Fall) - Franklin (Franklin Cottage)

3rd Day

Franklin (Franklin Cottage) - Southern Forest (Tahune Airwalk) - Hasting (Platypus Walking Route) - Franklin (Franklin Cottage)

4th Day

Franklin (Franklin Cottage) - Bruny Island (The Neck, Adventure Bay, Cape Bruny Lighthouse) - Port Arthur - Eaglehawk Neck Beach Cottage

5th Day

Eaglehawk Neck Beach Cottage - Hobart (Royal Botanical Garden, Cadbury Factory, City, Battery Point) - Hobart Airport

6th Day

Hobart Airport - Sydney

******************************************

Demikianlah adanya... ringkasan perjalanan 'r u sure or not!' group membe menjelajahi bumi Tasmania.....

Kepada Lazu, Hani Chech aka Singa Laut, Invisible Girl aka Platypus, Clumsy GPS Girl, Marl aka Camerawoman, fifi & Mira.... terima kasih utk kalian atas percutian yg sangat bermakna... bak kata en lazu 'bkn kemana tmpt yg kita pergi itu penting, tetapi dgn siapa kita pergi'.... Biarlah kenangan dan nickname yg terbit dari percutian ini menjadi satu simpulan yang mengikat persahabatan yang sedia terjalin... sebelum aku teruskan imbauan kenangan lampau... aku tujukan khas lagu tema kita utk tatapan bersama.. track 1 file 24 ............... 1 2 3.....



Kalau nk aku ceritakan sume perkara yg berlaku sepanjang perjalanan kali ni.... mmg x terbaca laa korang... bukan sebab x best tp... terlalu bnyk utk diluahkan dgn perkataan... perasaan di hati ini tidak dapat diungkapkan dengan bait2 coretan.... begitulah lebih kurang... (for sure lepas ni kena kutuk ngan dak2 nih )

Start dari first day lagi.... mcm2 drama yang berlaku.. tapi... FYI aku ni ada sindrom lemah daya ingatan... so... on off jer memori aku nih.... haha.. nasib badan... bnyk sgt dosa aku wat kot kat dunia nih uhuk uhuk... biler laaa aku nk insap... isk2.. anyway... details as below... follow the link daaaa...

Day 1 || Day 2 || Day 3 || Day 4 || Day 5 || Summary

- r u sure or not - trip Dec 07: Day 5

Eaglehawk Neck Beach Cottage - Hobart (Royal Botanical Garden, Cadbury Factory, City, Battery Point) - Hobart Airport

Aku bgn solat….. aku tdo semula……. Bile aku sedar… sume dh bgn… aku yg last ke?? Arghh tidak… x suke… kuar je ke ruang tamu… dh bising… huhuk… kawan yg moncong smlm mencari nasi lebey smlm… angkat sume brg2 dapor yg ada… dlm periuk.. dlm cawan.. dlm gelas… dalam…… hehehe aku exaggerate jer… sowi Marl huhu.. ghupe2nyer… si kawan dia tuh… aka Ang Ang (bunyi singa laut) dgn keselambaan tahap singa laut telah buang nasik tuh… kuciwa member hahah… tumpang simpati….

Ni lagi satu hal… si Lazu g ke dapor… aku x sure lah… nk tlg ke nk kaco ke…. Melayan si Ang Ang tuh…. Dia duk masak teloq.. si Lazu ni nk tolong isi garam… kasi kaw skit rasa… angkat jer.. hamikkkkkkkkkkkkkk… bertabor garam dlm pan teloq tuh…. Hihi.. caner laaa base dia leh terlekang… dh msk dia rasa… mmg masin… aku try lak… “hmmmmm bole runding…” dlm masa yg sama aku g ke dustbin… wekk… mashinnnnnnn….. last2.. mkn roti ngan eskerim.. megi… dan benda2 len yg aku x mkn…. free2 jer scramble egg tuh masuk dustbin...

Then.. kuar rumah menghala ke Hobart. Singgah kat Royal Botanical Garden.. coffee satu kewajipan… ade jer request.. Msk ke garden (free).. posing kat gate… kat pokok…. Bkn pokok bunga… diulang.. POKOK… heiiiii…. Anak sape lah tuh….. then msk café. Aku minum mochacino… adik beradik cappuccino.. usha souvenir.. xde yg menarik minat aku… aweks… cam biasa… ader jer… pastu ada request lak… nk tinggal brg kat situ……. Ye lah… iyekan aje.. kang x terima request kang susah… ade lak yg jenis leh hold barang yg nk di tinggalkan tuh… hebattttttt… hahaha…

Proceed to Cadbury kat Claremont. Tour dlm kilang tuh… bkn senang beb… Kilang yg leh masuk kat UK ngan Tasmania jer.. Pusing2… dgr laa ape si minah tour guide tu bebel… abis tour… g beli coklat… rega murah dr market ler.. aku rembat skit jer.. bkn aku mkn pun… nk beli utk org msia… convert rega.. lebey kurang jer kot haahha.. (jgn BAN aku wahai rakan2..)..

Moncong mula kelihatan… kami bersetuju… perlukan makanan utk menghilangkan kemoncongan… asal plan nk g tgk miniature train ke ape nth… pastu cancel.. pasal sume org lapo.. So.. msk Hobart semula cari kedai.. pusing2… jmp Nando’s… yeahhhhhhh… ittadakimaaaaaaasu… Mkn2… kenyang.. potato chips x abis.. bungkus.. ade yg bungkus wings.. blah ke City utk shopping.. aku x beli ape lg utk souvenir… except pen, mug dan lori cadbury huhu.. nk gak cari skit.. kang kena tuduh kemut… heiiiiiiii ini sume cik Clumsy GPS lar nih.. apa aku buat sume salah… my mistake hukhuk…

Round2 kat kedai souvenir tuh… mmg mcm ader je benda nk beli.. tp
mengenangkan rega yg agak mahal… sabo jer ler.. t-shirt kokak pn $20.. aduiiiiiiiiiiiiii.. at last aku rembat gak ar 2 t-shirt… Lazu rembat 1.. fifi aku x sure dia beli ape… lain2.. wallahua’lam…

Atas persetujuan ramai.. patah balik ke Garden.. g Japanese garden… aweks2 punye sakan bergambo.. aku, Lazu, fifi layankan aje.. nk bergambo gak… “wei……. Korang mane leh gambo kat sini… utk awek2 jer”… ceiss.. thuke2 (suke2) jer… suka ati arrrrrrrr… hehehe.. mmg cantek garden tuh… tenang jer.. aku amik view jer.. snap jer yg mane nmpk cantek… tutup kol 530pm kot if I’m not mistaken.. solat dulu.. senang skit nk jalan2… kat tmpt parking pn jadik huhu…


Patah balik ke Battery Point.. kawasan lama kat Hobart tuh.. Salamancar Place.. ala2 Petaling Street… ada market tp ari2 tertentu jer ler.. ms kitorang g tu xde…. Pusing2 jer.. lepak2 kat taman situ… Marl pening.. masuk angin kot.. so kitorang jln2 jer tanpa arah tuju tinggalkan Hani Chech & Marl kat taman. Sejuk bangat mlm tuh…. Masing2 lapo.. nk cari makanan.. teringin fish & chips.... tp x jmp… so pusing2 jer Hobart…

Finally.. terjumpa balik Nando’s.. hahhaha sian si Invisible Girl.. wings dia x mkn pun lagik hahah… so minta Nando's panaskan ajer… si Clumsy GPS lak.. nk mkn chips dia on da way tp x jmp… pelik…… dia ingt si Marl yg kebas… tp Marl ckp xde.. rupe2nyer ader kat celah2 mane nth hahha… sabo jer ler.. Mujur laa Nando’s tutup lewat.. kol 1030pm… Clumsy GPS lepak ngan Marl dlm keta… urut kepala Marl… yg lain msk order… then mkn2 smpi kenyang… don’t worry… minah berdua dlm keta tu join gak… bergerak ke destinasi seterusnya…

Ingt nk g Seven Miles Beach…. Tp gelap arr memalam.. cancel.. trus g airport…. Flight pg kol 620am… tp x leh stay airport.. tny pak guard.. dia kasik duk dlm ofis lama… ada kerusi ngan locker jer dlm tuh.. tp selesa laa… pas solat… kitorang main uno hahah.. duk atas sejadah lak tuh.. smbl2 main si Clumsy GPS sbg organizer kira duit.. jd ceti.. minta kat sume… letak duit depan kad… hahaha jgn salah paham.. bkn main judi… pastu main *mafia… ada sekali tu aku mcm sokong si Clumsy GPS… Invisible Girl dgn selambanya kata.. “chips kangkang dh memberi kesan” hahah mcm hampeh… FYI chips terebut adalah chips yg tapau dr Nando’s waktu lunch tuh huhu…

Tp mmg bes mlm tuh… sume tkt nk tdo.. tkt x sedar.. Cuma Marl, Hani Chech yg tdo.. aku?... on off.. yg len? Main hp… termenung.. sumer ader…

620am… Fly ke Sydney…….. thanks everybody………. Nice trip wif u all… r u sure or not……….

#########################

*permainan mafia

Sorang narrator… sorang mafia.. sorang doctor… sorang spy… selebihnya rakyat biasa…

Narrator suruh pilih kad. Sume player amik.. sume x tau sape dpt kad ape..

**Player pejam mata.. Narrator cakap..

1) Mafia buka mata… pilih sape anda nk bunuh… thanks mafia

2) Doktor buka mata… pilih sape nk d selamatkan.. thanks doctor

3) Spy bukak mata… pilih sape mafia… thanks spy (Narrator angguk kalu betul geleng kalu salah)

Sume player buka mata.. Narrator cakap..

1) Player 1 dibunuh mafia..

2) Doktor brjaya selamatkan OR doctor x Berjaya selamatkan

3) If doctor berjaya selamatkan.. player tu teruskan permainan.. if not dia terkeluar

Sekarang cari mafia.. Spy kena convince player bhw player 2 adalah mafia kalau terkaan dia td betul.. if not.. kena cari sape mafia.. it is up to him/her to reveal his/her identity.. same goes for doctor.. sape2 nk teka sape mafia adalah bebas.. tidak semestinya spy yg kena mulakan penyiasatan.. dpt keputusan… vote utk tentukan sape mafia… kalu dpt cari.. mafia kalah.. kalu fail.. player yg tepilih utk di vote sbg mafia terkeluar (msk penjara)… then ulang step ** smpi mafia dpt di cari… selamat bermain :D

Day 1 || Day 2 || Day 3 || Day 4 || Day 5 || Summary

- r u sure or not - trip Dec 07: Day 4

Franklin (Franklin Cottage) - Bruny Island (The Neck, Adventure Bay, Cape Bruny Lighthouse) - Port Arthur - Eaglehawk Neck Beach Cottage

Kol 6 kami kuar rumah menuju ke Bruny Island menggunakan khidmat ferry kat Kettering. B4 dat kena pulang kunci rumah. Lazu n Clumsy GPS kena marah. Tp Peter marah sebagai seorang professional. Derang pasrah. Kami pasrah. Maafkan kami sekali lagi…

Selari dgn kejadian di atas.. dalam tarago.. seseorang sedang membongkok.. menyorok.. ditutup dgn jaket2.. sedari 530am.. sian dia.. dh laa x tdo malam… isk2.. “shhh… don’t talk to me.. I’m not here... you don't see me.. i don't c u” hahah.. ayat2 power dr Invisible Girl…

Hari ke4 di mulakan dgn perjalanan ke Kettering Jetty.. Aku jd Driver ari tu.. ETA dlm 45 minutes.. Xde benda2 yg menarik berlaku selain sesat x smpi 1 km hahhaha.. bole laaa.. smpi ke Kettering Jetty dlm kol 700am.. Ferry ada kol 745am.. lepak2.. mkn roti sardine+tuna+strawberry jem… “Aku nk coffee….. pastu br nk g jalan2 & jadi driver”… ayat dr cik Hani Chech.. Lazu bersetuju… aku iyekan ajerrrrrr…. Yg lain angguk..

Smpi ke Bruny Island.. nk cari kedai kopi. Drive jer ikut haluan.. ikut sign board… ikut peta yg disediakan.. smpi satu kawasan di panggil ‘the Neck’. Kawasan yg menghubungkan North Bruny dan South Bruny. Mmg cantek.. sesuatu yg sukar utk di jumpai….

Masih mencari kedai kopi.. jalan punya jalan.. asik jmp yg tutup jer… isk2.. pelik nor.. ari Selasa pn tutup gak ke.. hmmm.. at last jmp jugak kat Adventures Bay.. Sebelum tu sempat beli minyak… Terharu lagi dgn kepercayaan yg diberikan kepada foreigner mcm kami nih… Kedai runcit aje.. Ada jual minyak.. Ckp kat dia nk beli minyak dia kata “isi minyak dulu then bayar kat dalam”. Lazu pn isi laaa… msk kat dlm dia byr.. dia msk keta dia citer “mmg dia percaya betul lah… dia x tau pun kita isi brp… dia tny brp kita isi.. then kita bayar.. kalu nk tipu tu sgt senang”. Aku terfikir situasi yg sama tetapi di Malaysia.. adakah berbaloi utk mengambil risiko seperti ini.. Sendiri komen.. aku x nk bnyk cakap.. nanti kena BAN hahaa..

Masa minum kopi.. ada sekor itik nih… duk pusing2 dekat meja kitorang.. sorang melayan itik ni.. pasal dia pn bapak itik hehe.. sorang lagik duk takut ngan itik ni.. imaginasi dia lebey sgt kot… aku cakap laa.. itik nix de laaa nk patuk ke sudu org ke… tp dia still takut.. still clumsy as usual.. miss Clumsy GPS hihi.. Abis minum, nk blah laa… leh plak ternampak buaian… sempat lagi kitorang sume main buai, panjat2, gayut.. sekali mcm budak2 daaaaaaaaa… lantak la… layankan ajer….

Aku sbg planner utk day 4 ni… dgn persetujuan majlis syura.. mengarahkan utk terus ke Cape Bruny utk tgk lighthouse yg termasuk dlm senarai lighthouse tertua. Sangat sengal utk ke situ.. terpaksa melalui gravel road… bw slow2… nanti kalu calar ke ape ke keta ni.. masak nk ganti… insurance pn amik yg agak cikai tp x berapa nk cikai pasal yg x cikai tu mahal huhu… Smpi kat lighthouse tu……. masyaALLAH… canteknyer…….. Tuhan saja yg tahu.. perasaanku.. berperang dgn suasanaaaaaa… (Slam, Zamani)…

Posing kanan.. posing kiri.. posing dr belakng… posing ala Tan Sri Michael.. Menari Tango… sume ader.. layankan ajer… Abis kat sini.. terus ke Roberts Point utk balik ke Kettering dan trus menuju ke Port Arthur..

Bukan kita aje hidup di dunia ni” kata Invisible Girl yg agak penakut tuh apabila di ganggu oleh budak2 mengenai Port Arthur haha.. Aku drive ke Port Arthur. Di dalam perjalanan.. waktu tu ramai yg syahid.. aku ngan co-pilot je sedar.. Mujur kami sume x syahid.. Ada kereta hon aku dr belakang.. aku di lorong kanan.. aku bergerak ke kiri.. dia memotong dari kiri… aku x sure sape yg salah.. tp yg pasti.. co-pilot aku putih sekejap muke dia.. aku berdebar tp x berdebar sgt… Alhamdulillah… ramai anak org dlm keta nih.. risau aku…

Smpi ke Port Arthur pn dh pukul 630pm. Mamat kat kaunter tu kasik kitorang jalan2 smpi ko 8pm max.. pasal dia cakap lepas tu ada Historic Ghost Tour.. Hantu yg tour ke org yg tour ke aku kurang pasti.. aku iyekan ajer… hahhah… Cam biasa… posing2 ape sumer.. heii.. tp mmg cantek tmpt tuh… Kesan2 runtuhan lama… Port Arthur 1996 massacre.. dll… google sendiri nk tau heheh..

Dlm kol 715pm… ada sorang ni lapo… moncong jer mulut dia hihi.. so kami pun paham2 jer ler.. bergerak mencari makanan.. punye la thuthah (susah – bunyi mcm pelat ‘s’) nk cari makanan kat sini.. dah laa pekan… kol 5 lak bnyk yg tutup isk… sabo jer ler.. mujur jmp 1 supermarket tuh… tutup kol 8pm.. kami smpi 750pm.. lega.. so beli laaa apa2 yg patot.. nasi, udang, sayur campur, sos tiram dll… smpi kat umh nk masak… lupe xde minyak hehhehe.. mujur tukang masak kat sini sume pro.. blh jer msk tanpa minyak… makan2.. layan oceans 11…

Zzzzzzzzzzzzzzz

Day 1 || Day 2 || Day 3 || Day 4 || Day 5 || Summary

- r u sure or not - trip Dec 07: Day 3

Franklin (Franklin Cottage) - Southern Forest (Tahune Airwalk) - Hasting (Platypus Walking Route) - Franklin (Franklin Cottage)

Ari ni sume bgn lambt… suboh bangun la tapi! Tdo balik… nak2 ari ujan… mmg sedap bergolek2 atas katil.. kol 930am kot.. pergi ke Woolworth… (ala2 carefour, giant).. beli bekalan makanan.. Berlaku lg drama yg menyayat jiwa… right b4 ke Woolis (nickname for Woolworth)

Lazu: ada nmpk camera aku x??

To'wan: xde la plak..

Lazu: last semalam aku letak kat celah kangkang b4 aku turun jmp owner cottage

To'wan: seyes x nmpk..


Sorang lagi ilang barang.. kali ni camera… x tau caner leh cicir.. sume org dh selongkar beg masing2.. x jmp.. bkn rezki kali ni… nk wat caner… Kami simpati.. Lazu pasrah.. Masih mencari.. mengharap keajaiban terjadi..

Bergerak ke Tahune Airwalk. Ujan pun ujan laaaaaa… smpi sana.. masuk utan laaa apa lg.. tp kena pakai poco heheh.. ujan dowh… sekali tgk.. mcm Ku Klux Klan pun ada hahha.. nk wat ritual kat atas bukit… lawak2… stairways to heaven…

Penat jln2… lepak café.. masing2 lapo.. order potato chips.. mujur aku n Lazu ada tny pasal minyak yg derang guna.. pasal beer battered... tgk lak tmpt dia masak.. bercampur ngam ham.. mujur sekali lagi blh refund… selamat duit derang.. minum coffee jer… perut lapo.. dlm kol 3pm bergerak ke Hasting.. Plan asal nk ke Thermal Spring & Hasting Cave. Tp bkn rezki.. tutup kol 5pm gak.. nk kesana saje dh amik 90 minute minimum.. Smpi sana… pusing2 kat Platypus Walk.. x jmp pn Platypus..heheh bkn rezki.. amik gambo.. usha kedai cenderahati… aku x beli.. Lazu x beli.. aweks2 beli.. fifi (paling junior dlm group) pn x beli kot..

Abis kisah kat Hasting... terus menuju ke rumah sewa.. nk cari makanan.. lapo.. depan umah ada fish & chips.. belasahhhhh… kenyang.. blk umah…ada surat chenta…… kami berdebar… salah kami.. sedang berbincang apa yg harus d lakukan… dtg penghantar surat chenta tersebut… do u have a problem?. I can see there are 7 of u!” lebey kurang camtu la ayat.. aku x berapa sure.. pasal aku kat ruang tamu.. tgh tgg turn nk lepas hajat… Hani Chech dan Marl keluar.. yg lain lari dlm bilik.. tggl aku & mira kat ruang tamu…

surat chenta

kawasan kejadian

Hani Chech& Marl mengaku 7… sorang dlm toilet.. dia x perasan.. takut nk mengaku 8.. 7 jer lah… bayar ajer lah.. salah kami… nk berjimat sgt… insap… x nak buat lagi… tobat dah.. Maafkan kami Peter… betul2 insap…

Cerita surat chenta jadi bualan.. aku mengantuk.. Zzzzzzzzzz

Day 1 || Day 2 || Day 3 || Day 4 || Day 5 || Summary

- r u sure or not - trip Dec 07: Day 2

Cradle Mountain (Cosy Cabin cottage) - North Cradle Mountain National Park (Dove Lake) - South Cradle Mountain National Park (Lake St Clair) - Mt Field (Russell Fall) - Franklin (Franklin Cottage)

Bgn pagi. Msk pancake. Mkn2. Gerak ke Cradle Mountain National Park. Msk visitor center. Byr fees. Gerak ke Dove Lake. On da way… for sure berenti sana sini utk amik gambo hahha.. Nature. Hijau. Cantek. Itu je yg aku boleh cakap. Smpi kat Dove Lake. Mmg sumer terpegun. Maha Suci ALLAH. Canteknya ciptaannya. Posing maut. Click2… “cepat2.. amik gambo kami kat sini”.. “Sini lawa wey… cepat”.. Antara dialog Hani Chech. Dia yg paling excited kot hahaha… layankan ajerrrrrr…. Mmg sangat cantek view di tasik tuh. Tgk sendiri lah..

Next, gerak ke satu tempat yg ada petrol station n café kat atas bukit tu jugak. Ala… dlm 2 minit dr entrance CosyCabin. Apa nama nth hahha… beli petrol n chips. Ada yg beli coffee. Ari ni pun sama gak. Terlajak dari plan yg sepatutnya. Ideally, gerak dr Cradle Mt dlm kol 10 lebey. Tp dekat kol 11am baru turun. Nak wat caner…

On day way ke Lake St Clair, jmp Tasmanian devil melintas jalan. Selamba badak je kami stop. Sorang turun dr keta g kejar.. tp x dpt pasal dia masuk dlm lubang/rumah. Perjalanan d teruskan…

Herghhhhh.. kematu ponggong aku duk lama2 dalam keta. Perjalanan ari ni sgt jauh. Ideally dlm 400km utk smpi ke Franklin. Tp akan stop laa kat mane2 on da way tuh. Kalau x silap aku, kat Tullah… aweks2 ni ternampak satu rumah yg penuh ngan teddy bears. So apa lagi……. Stop… masuk dlm umah tuh.. driver n aku.. kuar keta.. belasah chips… lapo beb.. hahah… then aweks2 ajak g sebelah rumah yg ada teddy bear tuh… ada pulak keretapi lama.. seingat aku keretapi steam tahun 1926. Borak2. Gambo2.. Bye2.. c u later..

Perjalanan d teruskan… Hani Chech yg pening minta jadi driver.. aku n driver asal tukar seat tengah.. aku boring… aku ajak main uno…. Clumsy GPS wat muke terkejut... tp dlm ms yg sama terima pakai proposal aku… hahah mmg gamat dlm keta tuh… aku main.. asik kalah.. tensen aku.. kena kutuk kaw2 ngan budak2 nih… nasib badan…

Smpi kat Queenstown, stop utk amik gambo. Hani Chech punyer kerja la nih haha.. FYI jalan kat situ horror siot. Jalan sblm ni pun horror gak.. pasal nk jmp 1 keta pn susah. Kiri kanan hutan. Line telefon xde. Heerhhghhhahghhg~~ seram…….. yg kali ni.. pasal laluan di lereng bukit. Bapak cuak. Selekoh tahap V. bukan U. hehehe.. tp driver cekap.. no worries..

Finally, smpi gak ke Lake St Clair. Turun2 jer.. driver cari toilet hahha… asal jadi dirver jer mesti pundi x leh expand bnyk.. kekeke.. Solat. Amik Gambo. Beli Coffee.. Teruskan perjalanan.. jauh lg nk ke Franklin nih aduiiiiiiiiii…

Next berenti lagi bl jmp tasik… Driver punyer kerja… amik gambo then proceed ke Mount Field National Park. Smpi kat situ pn dah lewat… kol bp ek? Hmm.. dlm kol 6 jugak lah… msk ke park tuh kena bayar. Tp aku kagum tol la kat sini. Dekat visitor centre tuh tulis “tinggalkan duit dlm kotak y disediakan”. Huhu kagum2… Tp kami dh bayar $56 utk masuk ke sume park kat dlm Tasmania nih… Cepat2… dh nk malam nih… nanti nk check in susah… Jalan laju ke arah Russell Falls.. Antara falls yg tercantik kat Tasmania.. Mmg cantek…. Hamik gambo… posing maut… blah… cepat2… nk kencing ni… jom cari toilet hahhaha…. Bkn aku ek….. ada laaa…. Mane leh kasik tau…

Abis dh stop kami day 2 nih… aku lak jadi driver pasal driver asal nk rehat… msk gear D dari kedudukan P (gear kat stereng)… lepas footbrake (handbrake yg kat kaki).. jalannnnnnn… smpi ke Franklin dlm kol 10pm.. giler lewat hahhaha… check in utk 4 org… ??

Lapo… msk megi… arghhh.. lega… Ingt nk tdo awal… tp sempat main uno mlm tuh… then tukar main mafia… aku kalah lagi main uno.. last place… mangkuk tol… Zzzzzzzzzzzzzzzz

Day 1 || Day 2 || Day 3 || Day 4 || Day 5 || Summary

- r u sure or not - trip Dec 07: Day 1

Sydney - Launceston (City, Basin Chairlift) - Railton - Sheffield - Promise Land (Tasmazia) - Mt Roland (Lake Barrington) - Cradle Mountain (Cosy Cabin cottage)

Berangkat dr Sydney kira2 jam 10am walaupun jadual sebenar jam 850am. X tau sbb apa sebenarnya.. tp rasanya pasal flight ni mmg tiba lewat utk penerbangan seterusnya.. Sakit ati gak aaa pasal secara x langsung affect our plan. tp nk wat caner kan... pasrah.

Tiba d Launceston lebey kurang 1130am. Lawak tol bila tgk cara baggage di bawa keluar dari airport. Guna kenderaan ala traktor utk bw baggage ke kwsn distribution dan seterusnya penumpang akan berpusu2 untuk amik beg masing2. Nasib laaa labu... airport kampung huhu.. Pastu trus jalan menuju ke bahagian sewa keta nih... Tiba2 seseorang yg sepatutnya x dtg... wujud di kedai kopi.. minum dgn penuh kelazatan di riak wajah... “Mangkuk ko Lazu. Caner ko leh ade kt sini???” Hani Chech mcm bersuara spt biasa.. itu laaa ayat yg selalu kuar dr mulut dia.. Br skit nih huhhu.. Yg lain blur hahha... "apsal lak mamat nih ada kat sini... kata x jd datang"... mungkin ini la kot yg orang lain pikir... kot jer laa.. mane aku nk tau heheh.. aku bkn psikik

Masing2 terasa lapo. Sumer bersetuju utk kuar mkn kat Launceston. Terus gerak ke sana dan akhirnya jmp kedai Ali’s Asian Café. Mkn2 smpi kenyang then bergerak ke Basin Chairlift. Bukannya senang nk sampai ke sana. Kena sesat utk suatu tempoh yg agak lama utk tempat yg sangat dekat hahaha.. Ini sume google map punye pasal lah ni (salahkan sesuatu yg tidak patut disalahkan). Agak lewat jugak la sampai ke situ. Kalau x salah dlm kol 2 lebey kot. Trus naik chairlift. Menikmati keindahan tasik, flora dan fauna bla bla bla dll.


Bila dh sedar hari semakin lewat (around 3pm), ketua rombongan, Clumsy GPS ajak bergerak ke Tasmazia. Mcm biasa, sesat lagi hahhaha.. Sebelum bergerak ke Basin Chairlift, ada cadangan utk amik GPS. Tp, sebab sume confident leh survive then x amik laa.. So, kami reject google map pasal sesat lagi (kononnya). Pakai peta Tasmania yg kami dapat masa sewa keta... tp xpe.. dlm tarago ni ada clumsy GPS.. bile agak2 sesat jer… mula laaa si gps ni gelabah… dan… x lama lepas tu for sure jmp jalan keluar dari kesesatan hahha…

Berjaya smpi ke Railton. Sebuah pekan kecil yg mana mmg termasuk dlm perancangan kami utk singgah di situ. “Indah Khabar dari Rupa” hahahha.. Itu ungkapan yg kami luahkan setibanya di situ. Dlm gambar sikit punye lawa hahha.. Abaikan ajer.. Bergambar tetap bergambar. Pandai2 laa kami adjust supaya jadi cantek.

Bergerak ke Sheffiled, Town of Mural. Tapi x singgah pun. Just lalu jer. X cukup masa dowhhh.. Next, singgah kat Nowhere Else. Jgn terkejut! Mmg itu adalah satu nama tempat kat situ. Hahahha kelakar lak rasanya. X sempat nk amik gambar signboard dia. Kat situ berlakunya satu drama yg agak sedih la utk Clumsy GPS. Lepas berhenti utk rehatkan pundi kencing masing2, dia baru tersedar gelang tangan pemberian mak dia hilang. So, sume org mencari2. Tgk gambar utk trace balik gelang tersebut. Rupenye masa kat chairlift lagi, gelang tu dah tercicir. Masa naik chairlift itulah. “Patutlah ada mat saleh yg mcm tunjuk sesuatu kat kitorang”. Mcm tu la lebey kurang. Dia pasrah. Kami simpati.

Perjalanan d teruskan ke Promise Land. Sebuah pekan kecil jugak dimana terletaknya Tasmazia. Pernah tgk Parry Potter, Goblet of Fire? Ala2 camtu ler. Tp malang bagi kami. Smpi kat situ dlm pukul 6pm. Tutup pukul 5pm. So, just dpt bergambar dari luar aje. Kat luar kawasan maze tu, bnyk pokok2 lavender yg kehijaun. Belum sampai masanya utk berbunga. If I’m not mistaken, musim bunga pokok tu mid Dec kot. Rasanyer la hahaha. So cam biasa. Bergambar itu penting. Satu perkara yg wajib haha.

Next, singgah kat Lake Barrington. Bergambar. Main air skit2. Aku x join main air. Malas bukak kasut dan basahkan kaki. Masing2 wat posing maut. Sabor jer ler.. cam biasa, aku x amik port hahha. Aku nk kasik sape pose maut aku tuh?? Perlu ke??. Bergambo tu ada la.. tp skit2 jer. Aku ngan Lazu ala kadar jer bergambo. Aweks2… usah cerita larrrr…

Decide nk solat kat Cosy Cabin. Nama tmpt accommodation kami. X jauh dari situ. Plus minus 1 jam jer. So bergerak ler ke sana. Jalan punya jalan. Drive punye drive. Naik bukit turun bukit. Hani Chech n Marl pening. Rehat jap. Sejuk bangat suhu masa tuh. Mungkin sebab atas bukit kot. But well.. It is Tasmania. Mmg dh tau suhu sejuk. Tp x sangka laa sesejuk tuh musim summer nih. Teruskan perjalanan. Driver dan co-driver je yg hidup. Lain… syahid hahhaha… Kami pelik. Kat signboard tadi tulis 25km. tp kami mcm dh lebey dah travel nih… x pe… proceed jer… rupenye mmg kami terlepas simpang… aduih… terseksa batin.. dah la blom solat. Ms tu dh pukul 830. Br je msk maghrib. Down tu mmg down la.. Plan nk jama’ ta’khir. Jadi jama’ ta’yah. 38 km kami terlajak. Patah balik laaaa….

Akhirnya dlm kol 9 smpi gak ke CosyCabin. Amik kunci. Beli pisang. Msk rumah. First aku cari toilet. Aku punye pundi kencing dh x leh nk expand dah. Max dah. Driver pun sama. Tp dia yg masuk dulu. Hormat driver. Aku co-driver.. masuk kendian hahah.. Qada’. Moga2 di terima ALLAH.. tobat dah kami… x nk wat camni dh.. ada tmpt yg seswai… stop.. solat.. Mlm tu.. mkn roti telur & maggie. Pastu hal2 dlm rumah mane leh citer hahaha… ada 1 blik, 2 double decker, 1 queen bed, 1 toilet. Pandai2 laa kami susun. Zzzzzzzzzzzzzzz… cont next day


Day 1 || Day 2 || Day 3 || Day 4 || Day 5 || Summary