Thursday, November 29, 2007

Wahai kekasihku, kenalilah jenis tudungmu...

petikan dari Akhbar

Sesekali pembaca diajak untuk 'keluar' daripada kelaziman membicarakan isu-isu dan politik semasa sebagai satu riadah minda malah sebagai panduan untuk meneruskan gaya hidup yang berlandaskan agama mengikut tuntutan Allah dan RasulNya.

Mungkin telah dibincang ataupun sudah menjadi mangli bagi kaum hawa namun sesekali eloklah direnungkan mudah-mudahan sebarang kesilapan dan kelemahan diperbetulkan supaya akhirnya mendapat keredhaan Allah, menjadi wanita solehah dan muslimah sejati.

Perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.

Oleh itu wahai kekasihku terdiri daripada kaum ibu, adik-adik, kakak, isteri dan kekasih serta kawan-kawan marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa (dipetik daripada laman web ibnyusof.blogspot.com):-

1.Tudung 'Mickey Mouse'

-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit

-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung 'See Through'

-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul

-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5.Tudung 'Singlet'

-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji

-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.

Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Selain itu kata laman web terbabit ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.

"Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah," kata laman ibnyusof.blogspot.com

Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas:-"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..."

Friday, November 23, 2007

Announcement!!

Aku secara rasminya dh abis xm rini....

last paper: 0900 - 1200
paper: BIOM9650, Biosensor and Transducer

yea yeah!!!

(hati tgh risau selagi x kuar result... but....... tawakal jer lah)

HOLIDAIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!

Sunday, November 18, 2007

Aku & Susu

waktu:+|- 915am
watak utama: Aku, 2 x 2L Susu perisa coklat
watak sipi2: Ali (bkn nama sebenar), Abu (bkn nama sebenar), Cereal Milo, Susu segar 3L
lokasi kejadian: Sekitar dapur

Kisahnya:

Arghhh... ngantoknya.. even dh lena kejap td. Pasal bau hangit kat dapor, aku terjaga. Abu.... Abu.. minggu ni aje brp kali ko kasik bau hangit pagi2 daaaaaa.. mkn aaah.. perut x lapo... tp nk mkn gak hmm..

Aku ke dapor. Tgk pinggan mangkuk kat sblh sinki. "Isk, dh full. Transfer aaah jap kat tmpt letak pinggan mangkuk yg dh kering". Hmm.. time to sarap!!. Amik mangkuk saiz kecil, sudu. Bukak peti, tgk susu segar 3L yg skit lg nk abis. Pandang kat Expired date... 22 Nov. Ok lagi.. buka tudung.. cium. "Isk, apsal masam???!!." Cium lagi... "masam..!!".. Cium lagi. "Eh ok lak!!. Idung aku ke??!!".. Tuang dlm mangkuk. Amik sesudu.......... slrppppp... hmmm.... slrpppppp. OK!. Amik cereal perasa milo. tuang smpi penuh. bw ke meja makan. amik paper Sunday Telegraph. Amik Escape section. Baca heading je (style aku bc paper), smbl tgk gambo2 cantek.

duuduuuuuum dadadum kedadadum kecece!!! bla bla bla... I need a hero!! bla bla (OST shrek)... "Arghh.. lantak aaaa". Alarm hp aku bunyi. Ali kuar dr bilik smbl ulang rangkap lagu alarm hp aku.
"Hp sape td??"..
"Aku. Alarm"...
"Bagus2!! aku suke lagu tu.. x mcm alarm lagu jepun ko tuh"...
"hahahaha..."

Ali amik paper. bc paper.. aku teruskan ngan cereal aku dan escape section.

to make long story short...

slrpppppppppp... slrpppppp.. kering aku hirup saki baki susu kaler putih yg bertukar jd kaler coklat... Ermm... Aku ke sinki. Basuh mangkuk dan sudu.. Buka peti sblh sinki (Umah aku ada 2 peti). MAK!!!!!

Aku tergelak sorang2.. Adooooooooooi. Aku rs cam nk ketuk diri sendiri. Kenapa aku leh terkejut dgn benda2 yg x masuk akal. Ali pelik.
"Kenapa??!"..
"Ko bl susu coklat 2L ek smlm?"...
"aaah!"..
"Owhhh.. xdeee.. aku terkejut...... pasal susu aku beli ritu... aku rs dh nk abis aku minum.. satu serve lagi abis aaaa.. tp aku bk peti aku terkejut pasal susu tu dh penuh!!!??"

Ali gelak..............
Aku jadi kerang busuk....... terkenyih. Dlm hati "Kambing gurun!!!".
Amik 'susu aku'. Tuang dlm cawan smpi ke titisan terakhir. aku minum. basuh cawan msk dlm bilik. "Kambing!!"

**notes: kambing/kambing gurun EQUAL hampeh

Tuesday, November 13, 2007

Apa nak jadi........ - SM Salim

“Mana ada satu kerajaan dan pemimpin di dunia ini boleh kawal harga minyak daripada naik termasuk Presiden Bush (AS) dan Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown,” Datuk Mohd Shafie Apdal - Utusan 13 Nov 07
***************************************************

‘‘Tentu sekali apabila mereka bertindak begitu, (mereka) nak tarik raja-raja atau Yang di-Pertuan Agong masuk atau memerangkap Agong dengan politik mereka.

‘‘Saya percaya Yang di-Pertuan Agong lebih matang dan akan dapat memahami serta tidak akan terperangkap dengan politik mereka itu,” PM Malaysia - Utusan 13 Nov 07

***************************************************

Beliau (Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar) yang turut kesal dengan kenyataan Perdana Menteri itu menyatakan jika sebelum ini Perdana Menteri menggunakan media untuk mencabar rakyat berhimpun, kini memanipulasikan semula himpunan itu dengan menuduh pembangkang mempolitikkan raja-raja. - HarakahDaily.Net 13 Nov 07

***************************************************

Esoknya, dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, Naib Canselor Tan Sri Dr Nordin Kardin telah diundang untuk berbicara mengenai Minda Melayu. Beliau banyak menasihatkan oran g Melayu agar bergiat cergas dalam lapangan ilmu dan berusaha memberikan idea membina dalam usa ha membangunkan negara. Siaran itu menarik perhatian seorang pemanggil, Zulkifli dari Gombak.

"Saya nak tanya, kalau semua laluan untuk menyalurkan pandangan dan kritikan ini sudah tutup, bagaimana lagi rakyat harus mengguna saluran? Tiada jalan lain melainkan jalan raya!" katanya ketika Nordin mengulas mengenai perhimpunan 100,000 rakyat itu. - HarakahDaily.Net 12 Nov 07

***************************************************

"Apa nak jadi ngan msia. Minyak nak naik lagi.. adoiiiiii.. penat laa aku. pas ni kena beli beskal. x larat nk bayar duit minyak. tol pun free. naik keta = minyak+tol. sume nk naik"

"Kalau PM tgk keadaan yg berlaku ngan hati yg terbuka, dia akan sedar bhw rakyat cuma mahukan pilihanraya yang adil. Kenapa perlu rakyat bertindak sedemikian? Adakah selama ini pilihanraya tidak adil dan berat sebelah? Kenapa badan bebas seperti SPR dipersoalkan? kenapa perlunya Suruhanjaya di raja?. banyak soklan Pak Lah kena jawab." kata to'wan

Hadis palsu: Bacaan al-Quran atas kubur satu bidaah

Dipetik dari HarakahDaily.Net

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) - Hadis-hadis palsu seringkali digunapakai dalam amalan segelintir umat Islam yang perlu diperbetulkan malah wajar dibanteras penggunaan hadis tersebut dalam menghuraikan ajaran agama oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab menjadi lebih berleluasa.

Sebagai renungan beberapa contoh yang disebarkan yang wajar dikaji semula adalah membaca al-Quran ketika ziarah kubur yang bersandarkan kepada satu hadis iaitu:"Barang siapa berziarah ke kuburan kedua-dua oran tua atau salah satu di antara mereka pada hari Jumaat dan membacakan surah Yasin, maka dia akan diampuni dosanya dan dihitung sebagai kebaikan."

Hadis sebegini telah dijadikan dalil untuk menjustifikasikan amalan membaca al-Quran di kubur, kononnya amalan itu adalah suatu sunah yang diamalkan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a.

Sedangkan ia merupakan sebuah hadis palsu yang mana kepalsuannya telah ditegaskan oleh para ulama hadis seperti Ibn Adiyy dalam Al-Kamil Fi Ducafa' Ar-Rijal, Az-Zahabi dalam Mizan Al-Ictidal Fi Naqd ar-Rijal, As-Suyuti dalam Al-Lali' Al-Masnu'ah Fi Al-Ahadith Al-Maudu'ah, seperti yang dipetik daripada Utusan Online.

Satu lagi hadis palsu berkaitan membaca al-Quran di kubur ialah yang bermaksud, "Barang siapa yang berziarah di kuburan, kemudian dia membaca al Fatihah, Qul Huwallahu Ahad dan al-Hakumut Takasur, lalu ia berdoa: "Ya Allah, kuhadiahkan pahala pembacaan firman-Mu pada kaum mukminin penghuni kubur ini, maka mereka akan menjadi penolong baginya (pemberi syafaat) pada hari kiamat".

"Saya telah cuba setakat terdaya menyemak sumber dan status hadis ini sama ada dalam kitab-kitab yang mengumpul hadis sahih atau yang mengumpul hadis daif dan palsu, tetapi gagal menemuinya," kata seorang pensyarah Dr. Azwira Abdul Aziz dari Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Tiada sesiapa pun yang menghukum amalan ziarah kubur sambil memberi salam kepada penghuni kubur serta berdoa dan beristighfar untuk mereka sebagai amalan bidaah. Kerana amalan sedemikian memang disunahkan oleh Nabi s.a.w. melalui nas-nas yang sahih.

"Berbeza dengan amalan ziarah kubur sambil membaca al-Quran di atasnya, di mana jumhur ulama memang melihatnya sebagai bidaah, kerana beberapa alasan ilmiah," katanya dan tambahnya kerana tidak ada nas sahih yang menyokong amalan membaca al-Quran di kubur. Semua hadis berkenaan amalan tersebut tiada asal usulnya (palsu) sebagaimana yang ditegaskan oleh Al-Albani dalam Ahkam Al-Janaiz Wa Bida'iha, katanya. - mks.

Bolehkah puasa Qada dan Syawal digabungkan?

Dipetik dari HarakahDaily.Net

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Isu keutamaan antara sunat Syawal dan Qada seringkali menjadi perbincangan di kalangan umat Islam yang ingin menunaikan kewajipan dan perintah agamanya dan lazimnya menjadi persoalan ialah tentang penggabungannya dengan puasa ganti Ramadan dan puasa yang perlu didahulukan.

Malah ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat Syawal dan puasa Qadha sedangkan telah terbukti dari hadis sebuah Qudsi yang sahih yang menuntut umat Islam mengutaamakan dahulu kewajipan menunaikan puasa ganti terlebih dahulu.

Sabda Rasullullah berhubung puasa tersebut : "...dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari).

Mengulas isu ini Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkata walaupun waktu bagi puasa Qada adalah panjang, umat Islam tetap tidak pasti adakah mampu menunaikan sampai ke tarikh tertentu atau ajal menjelang dahulu.

"Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Tiada dalil gabungkan puasa sunat Syawal dan Qada dalam satu niat

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali," katanya dalam laman webnya www.zaharuddin.net

Dalam pada itu beliau turut mengulas isu menggabungkan puasa qada dan syawal yang sememangnya amat popular dan lazimnya dilakukan oleh rata-rata umat Islam.

"Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi s.a.w. pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya," katanya.

"Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi s.a.w. dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik," katanya.

Malah katanya terdapat juga hujah yang menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan 'qada dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu antaranya jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qada (yang wajib) dengan puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat.

Atau ada yang akan beranggapan boleh gabungan solat Isyak dengan Tarawih, atau Subuh dengan 'tahiyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat Jumaat dengan solat sunat 'tahiyatul masjid',katanya.

Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (bekas Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd 'Uqlah el-Ibrahim (Jordan), mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya.

Selain itu tindakan Aisyah ra yang melewatkan Qada pula boleh dijadikan hujah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qada dan Syawal.

Selain itu amalan wajib (qada) memerlukan niat yang 'jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya, kata Zaharuddin lagi.

Namun secara cermat beliau membuat kesimpulan dalam mengutarakan perbincangan ini iaitu adalah tidak elok digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qada) daripada sunat (Syawal) tetapi menganggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. - mks.

Friday, November 9, 2007

One Step Closer


One Step Closer

I cannot take this anymore
I'm saying everything I've said before
All these words they make no sense
I find bliss in ignorance
Less I hear the less you'll say
But you'll find that out anyway
Just like before...

Everything you say to me
Takes me one step closer to the edge
And I'm about to break
I need a little room to breathe
Cause I'm one step closer to the edge
And I'm about to break

I find the answers aren't so clear
Wish I could find a way to disappear
All these thoughts they make no sense
I find bliss in ignorance
Nothing seems to go away
Over and over again
Just like before...

Everything you say to me
Takes me one step closer to the edge
And I'm about to break
I need a little room to breathe
Cause I'm one step closer to the edge
And I'm about to break
Everything you say to me
Takes me one step closer to the edge
And I'm about to break
I need a little room to breathe
Cause I'm one step closer to the edge
And I'm about to break
Break break break break break

shut up when I'm talking to you
shut up shut up shut up
shut up when I'm talking to you
shut up shut up shut up shut up
I’m about to break

Everything you say to me
Takes me one step closer to the edge
And I'm about to break
I need a little room to breathe
Cause I'm one step closer to the edge
And I'm about to break
Everything you say to me
Takes me one step closer to the edge
And I'm about to break
I need a little room to breathe
Cause I'm one step closer to the edge
And I'm about to break
break
I need a little room to breathe
Cause I'm one step closer to the edge
And I'm about to break
Break break break break break break

shut up when I'm talking to you
shut up shut up shut up
shut up when I'm talking to you
shut up shut up shut up shut up
I’m about to break

Everything you say to me
Takes me one step closer to the edge
And I'm about to break
I need a little room to breathe
Cause I'm one step closer to the edge
And I'm about to break
Everything you say to me
Takes me one step closer to the edge
And I'm about to break
I need a little room to breathe
Cause I'm one step closer to the edge
And I'm about to break


-Linkin Park-

Thursday, November 8, 2007

Aku & Meja

Ni keadaan meja daku dlm keadaan ideal...

Ni keadaan meja aku separa ideal bila aku dh bingung lama duk atas kerusi..

Ni keadaan meja aku bile aku masuk alam hibernasi..


Apekah???
Ni ape kes gambo ni kuar kat dlm entry ni?? Adakah gambo ni sesuatu yg significant dlm idup aku? perlu ke??

Abaikan...... masa terus berlalu........

UPDATED 1211AM, 10 NOV 07

Today, I've been accused of being "cynical".. for asking and guessing what the above pic is all about! hmm
Abaikan... masa terus berlalu.........
xm semakin dekat!!

Wednesday, November 7, 2007

kecik ati

ari ni aku ada borak ngan sorang membe... aku x sure apsal aku mudah kecik ati ngan dia.. kalau ngan org lain.. ati aku flexible.

mungkin ada sebab yg aku x tau.. mungkin dh penat kot

nth.. wallahua'lam

Tuesday, November 6, 2007

I've resigned from...

Muahahaha.. bahagia beta dpt menyiapkan kerja walaupun x brp nk siap lg.. ada minor prob kena check b4 i can submit the assg. Hmmm better test it at school server. Who knows if it didn't work! Ermm.. lets go!

td width="50">
cfif isUserInRole("practitioner")>
cfform action="report.cfm" method="post">
input name="edCom" type="hidden" value="#comment.ID#">
input name="subReport" type="hidden" value="#sID#">
input name="comEd" type="submit" value="Edit">
/cfform>
/cfif>
/td>

td width="50">
cfif isUserInRole("practitioner")>
cfform action="report.cfm" method="post">
cfinput name="edCom" type="hidden" value="#comment.ID#">
cfinput name="subReport" type="hidden" value="#sID#">
cfinput name="comEd" type="submit" value="Edit">
/cfform>
/cfif>
/td>

Damn..!! code oren tu yg aku wat kat umah.. aku bw kat skool...haram dia nk run... mangkuk ayun tol la... berbulu aku satu badan kejap.. kejap ape.. aku g skool hny utk transfer kat dlm pc lab. Pasal submission dia camtu.. nanti lect akan access and test kat server.. aku g dlm kol 11 am and aku blk umah kol 830 pm.. Kambing gurun tol!!... penat aku wat.. serius shit rasa cam nk hempas monitor kat lab tuh.. suke2 dia je tunjuk error.. ni br skit.. dh la program aku panjang nk mampos.. kena debug satu2.. arghh... cipan goreng!!...

Mujur ler berkat tunjuk ajar dr tutor and lect, dpt gak aku siapkan bendalah ni.. tp x anta lg.. aku tgh wat report skg ni.... pg td duk baiki code.. check under different condition such as entering invalid ID.. what will happen and so on.. bla bla bla... report dh siap 90%.. skit jer lagi... hahahaha syukur kehadrat ILAHI..

Oleh yang demikian, beta dgn secara rasminya telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai BATMAN yg telah dijwat buat beberapa hari lepas.. almost a week kot.. huhuh.. bahagia beta!!

Saturday, November 3, 2007

Biological clock changes

masuk ari ni, aku dh x sure bp ari dah aku jd batman. Jadual aku skg.. caner nk start nth.. ermmm ok

  • [0445-0500]: aku tdo
  • [0930-1030]: aku bgn tdo
  • [1030-1100]: hemat diri
  • [1100-1700]: wat keje + main2 + apa2 yg patot
  • [1700-1830]: tdo (optional + depends atas energy meter)
  • [1830-0430]: wat keje + main2 + apa2 yg patot
smlm aku dpt citer bes dr membe, dak Thai. "OUR ASSG HAS BEEN DEFERRED UNTIL NEXT WEEK!!". hepi je gaya penulisan dia.. ke aku je yg salah tafsir perasaan melalui penulisan?? pedulikan ngan defer ape sume. Yg aku tau, aku nk siapkan sume ASAP!! pasal bnyk lg keje lain menanti daku huhu.. cipan goreng!!

Laaa ni aku nk wat keje yg defered tuh. Tp tgn aku duk gatai tekan "GET FILE" dr website MyPSA. dah DREAMWEAVER aku tuh dload sume file msk dlm pc aku. Dah ler transfer usign ftp protocol. LEMBAP!!!!!!!!!!!!!!!!! sengal!

Kambing gurun!!! x abih lagi. BTW aku dh hepi skit pasal assg utk submit sok dh siap. Aku benci giler assg ni pasal dia esei oriented. Aku benci penulisan. Susah giler nk buat ayat. pasal aku mmg foul bab2 bahasa. BM ke... BI ke... ARAB ke.. JAWA ke.. karangan sux!!

Damn!! x abih lagi!!!!!!! dh kol 2200. dah tu, caner aku nk tdo awal.. tup tap.. tup tap.. dh lewat mlm...... nanti aku nk tulis karangan -KENAPA TANGAN AKU GATAL!- tp aku benci karangan??!!

Thursday, November 1, 2007

Eid Mubarak

14 Oktober 2007 bersamaan 1 Syawal 1428 Hijrah

Sejarah hidup di hari raya aku berubah pada hari tuh. Kenapa?
Mungkin sebab:
  1. Aku raya kat Sydney, NSW Australia
  2. Of course ler tanpa papa n mama di sisi
  3. Ermmm... ada lagi ke??

Tapi serius aku cerita kat dak2 nih... raya kat sini lagi meriah and best (except that i can't be with my parent of course huhu) compare kat Msia. FYI kat msia, aku punye schedule raya sama jer iaitu:
  1. Bgn pagi
  2. Lek2, lepak2, mandi, pg Solat Raya
  3. Abis Solat blk umah, lepak kejap dlm tempoh kurang lebih 1 jam
  4. Follow rombongan pakcik2 (aku duk Felda) ke rumah demi rumah dalam kawasan blok aku tinggal (bp buah rumah je pun... mmmmm 20 kot haha)
  5. Blm sempat abis, dlm erti kata aku dh kenyang bangat.. aku blk umah.. lepak tgk TV
  6. Lepak2 smpi aku rasa nk jalan, aku g umh membe aku yg sorang nih, lepak lagi
  7. Dia lak dtg umh aku lepak2 lak hahhaa
  8. Kadang2/slalu gak kot, aku g Felda sebelah, jmp classmate ms sek men dulu
  9. Pastu g umh awek skolmate, yg merupakan kawan kepada kawan aku tuh
  10. Pastu.. tamat sudah first day raya..
  11. Kalau bertuah, membe2 lain x blk kg (aku x bnyk membe rapat kat Felda aku pasal aku mmg jarang tinggal sana ahaha), aku g ler jalan2 lepak umh derang
Itu la rutin Syawal kat Msia.. Tp kat sini.... 1st day tu cam biasa jer.. simplified as below

  1. Solat Raya (aku skip bab bgn tdo, mandi ape sume huhu)
  2. Blk umh layan Rush Hour 3, membe2 aku tdo pasal stay up mlm tuh
  3. Abis citer, gerak ke Msia Hall pasal ada open house ler tajaan MSD dan jugak pasal aku kena jaga gerai kueh huhu
  4. Abis majlis, g open house kat umh Presiden MyPSA (ala persatuan postgrad ler), abis 1st day
  5. Sok tuh, g open house... 4 buah umah kot..
  6. Lusa open house
  7. Tulat open house
  8. Kemudian, setiap weekend akan ada open house kat umh postgrad kat sinih smpi ler waktu aku tulis nih.... dh 20 Syawal.. weekend ni ada lagi open house
  9. Abis kot.. mane aku tau hahahha
Pasal aku bnyk sgt makan, penyakit lama aku yg mmg selalu jd teman aku telah di amplify kan scalar kesakitannya hahah.. padan muka aku... Pantang lagi... pantang tgk makanan.. adoiiiii
Ari ni lak aku kena diarrhea pasal makan sausage half cooked smlm.... unbearable punye sakit.. aku tdo... secara langsungnye aku skip kelas revision before final nih.. wakilkan membe jer huhu.. ingt nk wat keje... adoiiiiii

Mlm ni.. yg lebih tepat lagi... skrg nih.. aku tgh wat assg utk submit mcm yg aku citer utk past entry.... dah2.. focus2!!!

SELAMAT ARI RAYA EID KEPADA SUMER