Sunday, September 2, 2012

Himpunan Masalah Solat (Umum)

Untuk rujukan diri sendiri.

Solat Fardhu 2x Dalam Satu Waktu
@ TIDAK BOLEH. Dikecualikan seseorang yang telah bersembahyang fardhu terlebih dahulu, kemudian barulah didirikan solat secara jemaah, maka boleh bahkan dituntut supaya mengulangi balik sembahyangnya bersama jemaah. Sembahyang yang diulangi bersama jemaah ini dikira sebagai sunat. (Rujuk 1#2 untuk maklumat lebih lanjut) (1#1,#2)

Beralih Tempat Untuk Solat Sunat 
@ Sebahagian ulama yang mengatakan sunat beralih tempat berdalilkan dengan hadis Muawiyah r.a (2#1)

Solat Dalam Kenderaan Bergerak
@ Tegas Imam Nawawi lagi didalam Sharh Muslim, bahawa jika boleh hendaklah dia mengadap Qiblah, baik semasa Qiam, rukuk’ dan sujud diatas kenderaannya – maksudnya – kenderaan itu tidak bergerak. Maka dia dikira telah menunaikan kewajipan menurut Mazhab kami. Jika kenderaan tersebut bergerak, maka solat tadi dikira tidak sempurna disisi al-Syafie. Maka solat tersebut perlu diulangi apabila sampai ke destinasi. (3#1)

Berdiri Menghormati Azan
@ Tiada dalil yang mensyaratkan untuk berdiri menghormati azan. Menghormati azan adalah dengan cara menjawabNya.

Tahiyyatul Masjid

@ Menghormati masjid adalah dengan cara solat tahiyyatul masjid sebelum duduk. Luput kesunnnahan solat tahiyyatul masjid dengan duduk yang lama atau duduk sekejap dalam keadaan dia tidak lupa dan tahu tentang kesunnahannya. (2#2, 4#1)
@ Dr Wahbah al-Zuhaili mengatakan: (4#1)
"Mengerjakan sembahyang fardu atau lainnya (sembahyang sunat), dapat menggantikan sembahyang Tahiyatul Masjid. Dan, tak perlu niat Tahiyatul Masjid."
"Barangsiapa yang tidak dapat mengerjakan sembahyang Tahiyatul Masjid kerana hadas atau lain-lain sebab, dia disunatkan mengucapkan empat tasbih berikut: Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar."
Kucing
"Kucing bukan najis, ia termasuk hewan jinak yang berada di sekeliling kamu." Sunan Termidzi, no 92
@ Kucing melintas dihadapan ketika solat - TIDAK membatalkan solat. Hanya anjing hitam dan keldai shj yang mengganggu solat. (5#1)
@ Jilatan kucing tidak membatalkan solat (5#1)
@ Ulama' khilaf dalam perkara ini. Tetapi bulu kucing juga bukan najis yang membatalkan solat (dimaafkan). (5#2)

Kencing Tidak Lawas
@ Madzhab Hanafi: dima'afkan air kencing yang keluar sedikit pada pakaian kerana dharurat (dalm hal ini disebabkan penyakit beser) (alMughni, Jld 1, ms 35)

@ Madzhab Maliki: dima'afkan hadath yang berlaku dengan sendiri tanpa dikehendakki seperti daaimul hadhath (kencing beser atau dedas) (lihat kitab Maliki: syarahal saghir, Jld 1, ms 71)

@ Madzhab Hanbali: dima'afkan air kencing daripada pengidap kecing tidak lawas yang sudah berusaha mengawalnya semaksima mungkin tapi masih sukar mengawalnya.(alMughni, Jld 1, ms 30)

@ Madzhab Syafi'iy: majoriti fuqaha' Syafi'iyah berpendapat adalah dima'afkan kencing tidak lawas di atas kesulitan untuk mengelakkan diri daripadanya.(lihat Imam Nawawi, alMjmu' Jld 1, ms 266, 292; Mughni alMuhtaj, Jld 1 ms 191-194. )
Kebanyakan fuqaha' Syafi'iyah di Nusantara berpendapat batal wudhu' jika diyakini menitisnya air kencing dan hendaklah dibasuhkan pakaian itu (KHM Hadzami Syafi'iy, Indonesia, 100 Masalah Agama)

@ Petua Imam alGhazali (fuqaha' Syafi'iyah)dalam Bidayah alHidayah, ms 12 untuk mengatasi penyakit Daaimul hadath ini: iaitu dengan melakukan istibro' yakni berdehem berkali-kali, kemudian mengurut zakar perlahan-perlahan tiga kali dengan tangan kiri dari pangkal zakar ke hujungnya bila setiap kali buang air kecil.


Rujukan
1) Solat fardhu #1, #2
2) Solat sunat #1, #2
3) Solat dalam kenderaan #1
4) Azan #1
5) Kucing #1, #2
6) Kencing tidak lawas

Saturday, September 1, 2012

Himpunan Masalah Solat Jumaat

Bilangan Makmum
@ Tidak disyaratkan apa-apa jumlah minimum bagi bilangan jemaah solat Jumaat. (1)
@ Pendapat yg rajih (lebih tepat) ialah apa jua syarat mengenai bilangan utk solat Juma'at tidak sahih dan hadis Jabir ra yg menetapkan bilangan 40 itu ditolak oleh ahli2 hadis. Imam Syun'ani, Subulus Salam: 2/56; Syawkani, nailool Awthor: 3/262' Ta'aliq Bulughul Maram: 1/90) (2)
Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh (Majmu' Fatawa: 20/208) " mana-mana orang yg i'tiqad wajibnya manusia utk mengikuti salah satu madzhab yg Empat, tanpa yg lainnya, maka wajib bertaubat...."
@ Ahli Hadis yg paling menyerlah abad ini, alMuhaddith Albani telah membuat tahqeeqan (penilaian analitis) dalam masalah ini dan inilah rumusannya: (2)
Amat anih sekali dalam perkembangan Fiqh sehingga aku dapati ada 15 pendapat fiqih mengenai bilangan ahli Juma'at dan keabsahan solat Juma'at.
@ Oleh itu solat Juma'at sah dilakukan di mana saja dan sah dgn dua orang (Imam dan seorang makmum). Inilah yg difatwakan oleh Khalifah Umar alKhattab ra (riwayat Ibn Abi Syaibah) kpd penduduk negara2 Teluk (spt Bahrain, Qatar) yg menulis surat memohon fatwa mengenai kedudukan solat Juma'at di sana, maka membalas dgn fatwanya supaya solatlah Juma'at di mana saja kalian berada." *tanpa di beratkan dgn syarat2. (2)

Jumaat dan Hal-hal berkaitan
@ Tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas orang musafir. Walaubagaimanapun amat dianjurkan untuk tetap menghadirinya sebagai pilihan terbaik antara dua pendapat serta kerana banyaknya fadilat solat itu sendiri. (1#1)
@ Niat solat jumaat jama bersama asar "Aku solat jumaat jama dengan asar.." (1#5)
@ Solat Jumaat adalah tetap sah sekalipun seseorang itu tidak dapat sujud dengan sempurna disebabkan oleh suasana masjid yang penuh sesak. (1#1)
@ Syarat sah solat Juma'at ialah didahului dengan dua khutbah. Adapun sifat khutbah, kaifiyat atau rukun2 itu adalah permasalahan khilafiah. Asalkan solat Juma'at itu ada dua khutbah sudah memenuhi syarat. Jika dia melanggar sunnah-sunnah khutbah tidak menjejaskan atau membatalkan Juma'at kerana hanya dia tidak bertahmid dan berselawat pada khutbah kedua kerana minima tahmid itu adalah pada khutbah pertama. Khutbah kedua adalah sambungan sahaja. (lihat Dr Sa'id alQahthani, Solatul Jum'ah, cetakan Riyadh: maktabah alJuraisi) (1#4)
@ Musafir selepas subuh dengan kenderaan yang boleh digunakan untuk ke tempat solat jumaat - Wajib solat jumaat. (1#6)
@ Masbuq solat jumaat - sah hukum jumaat sekiranya masbuq dengan makmum yang sekurang-kurangnya mendapat satu rakaat bersama imam (1#7)

Solat Sunat Jumaat
@ Pendapat yang rajih, tidak ada solat sunat qabliyah sebelum Jumaat (3)
@ Ketika Imam berkhutbah, solat tahiyyatul masjid sebelum duduk (3#3)
@ Solat sunat 2 atau 4 rakaat selepas Jumaat. Afdal 4 rakaat. (3)

Rujukan
1) Jumaat dan permasalahan  #1#2#3, #4, #5, #6, #7
2) Bilangan Makmum #1, #2
3) Solat sunat Jumaat #1, #2, #3, #4