Sunday, September 2, 2012

Himpunan Masalah Solat (Umum)

Untuk rujukan diri sendiri.

Solat Fardhu 2x Dalam Satu Waktu
@ TIDAK BOLEH. Dikecualikan seseorang yang telah bersembahyang fardhu terlebih dahulu, kemudian barulah didirikan solat secara jemaah, maka boleh bahkan dituntut supaya mengulangi balik sembahyangnya bersama jemaah. Sembahyang yang diulangi bersama jemaah ini dikira sebagai sunat. (Rujuk 1#2 untuk maklumat lebih lanjut) (1#1,#2)

Beralih Tempat Untuk Solat Sunat 
@ Sebahagian ulama yang mengatakan sunat beralih tempat berdalilkan dengan hadis Muawiyah r.a (2#1)

Solat Dalam Kenderaan Bergerak
@ Tegas Imam Nawawi lagi didalam Sharh Muslim, bahawa jika boleh hendaklah dia mengadap Qiblah, baik semasa Qiam, rukuk’ dan sujud diatas kenderaannya – maksudnya – kenderaan itu tidak bergerak. Maka dia dikira telah menunaikan kewajipan menurut Mazhab kami. Jika kenderaan tersebut bergerak, maka solat tadi dikira tidak sempurna disisi al-Syafie. Maka solat tersebut perlu diulangi apabila sampai ke destinasi. (3#1)

Berdiri Menghormati Azan
@ Tiada dalil yang mensyaratkan untuk berdiri menghormati azan. Menghormati azan adalah dengan cara menjawabNya.

Tahiyyatul Masjid

@ Menghormati masjid adalah dengan cara solat tahiyyatul masjid sebelum duduk. Luput kesunnnahan solat tahiyyatul masjid dengan duduk yang lama atau duduk sekejap dalam keadaan dia tidak lupa dan tahu tentang kesunnahannya. (2#2, 4#1)
@ Dr Wahbah al-Zuhaili mengatakan: (4#1)
"Mengerjakan sembahyang fardu atau lainnya (sembahyang sunat), dapat menggantikan sembahyang Tahiyatul Masjid. Dan, tak perlu niat Tahiyatul Masjid."
"Barangsiapa yang tidak dapat mengerjakan sembahyang Tahiyatul Masjid kerana hadas atau lain-lain sebab, dia disunatkan mengucapkan empat tasbih berikut: Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar."
Kucing
"Kucing bukan najis, ia termasuk hewan jinak yang berada di sekeliling kamu." Sunan Termidzi, no 92
@ Kucing melintas dihadapan ketika solat - TIDAK membatalkan solat. Hanya anjing hitam dan keldai shj yang mengganggu solat. (5#1)
@ Jilatan kucing tidak membatalkan solat (5#1)
@ Ulama' khilaf dalam perkara ini. Tetapi bulu kucing juga bukan najis yang membatalkan solat (dimaafkan). (5#2)

Kencing Tidak Lawas
@ Madzhab Hanafi: dima'afkan air kencing yang keluar sedikit pada pakaian kerana dharurat (dalm hal ini disebabkan penyakit beser) (alMughni, Jld 1, ms 35)

@ Madzhab Maliki: dima'afkan hadath yang berlaku dengan sendiri tanpa dikehendakki seperti daaimul hadhath (kencing beser atau dedas) (lihat kitab Maliki: syarahal saghir, Jld 1, ms 71)

@ Madzhab Hanbali: dima'afkan air kencing daripada pengidap kecing tidak lawas yang sudah berusaha mengawalnya semaksima mungkin tapi masih sukar mengawalnya.(alMughni, Jld 1, ms 30)

@ Madzhab Syafi'iy: majoriti fuqaha' Syafi'iyah berpendapat adalah dima'afkan kencing tidak lawas di atas kesulitan untuk mengelakkan diri daripadanya.(lihat Imam Nawawi, alMjmu' Jld 1, ms 266, 292; Mughni alMuhtaj, Jld 1 ms 191-194. )
Kebanyakan fuqaha' Syafi'iyah di Nusantara berpendapat batal wudhu' jika diyakini menitisnya air kencing dan hendaklah dibasuhkan pakaian itu (KHM Hadzami Syafi'iy, Indonesia, 100 Masalah Agama)

@ Petua Imam alGhazali (fuqaha' Syafi'iyah)dalam Bidayah alHidayah, ms 12 untuk mengatasi penyakit Daaimul hadath ini: iaitu dengan melakukan istibro' yakni berdehem berkali-kali, kemudian mengurut zakar perlahan-perlahan tiga kali dengan tangan kiri dari pangkal zakar ke hujungnya bila setiap kali buang air kecil.


Rujukan
1) Solat fardhu #1, #2
2) Solat sunat #1, #2
3) Solat dalam kenderaan #1
4) Azan #1
5) Kucing #1, #2
6) Kencing tidak lawas

No comments: