Monday, November 16, 2009

Takziah Buat Rakan

Berita Harian, Isnin 16 November 2009

Jemaah meninggal tersungkur dalam tandas pesawat

KUALA LUMPUR: Seorang jemaah Malaysia, Mohamad Nordin Mohamad Ali, 54, meninggal dunia kira-kira dua jam selepas tersungkur dalam tandas pesawat Saudi Air yang dalam penerbangan ke Makkah, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, krew pesawat itu terpaksa memecahkan pintu tandas berkenaan dan menemui mangsa dalam keadaan sesak nafas, dipercayai diserang asma.

Berikutan kejadian itu, pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 6.45 pagi, berpatah balik untuk membolehkan mangsa mendapat rawatan lanjut.

Isteri Allahyarham, Jumaah Abu Bakar, 48, yang turut bersama dalam pesawat itu berkata, sebaik mendarat semula di KLIA, kira-kira jam 11.15 pagi, suaminya terus dibawa ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia tidak lama selepas dimasukkan ke wad.

Beliau berkata, Allahyarham yang juga Pengurus Besar Azam Urus Sdn Bhd - sebuah syarikat pembersihan di Gombak, beria-ia hendak menunaikan haji tahun ini selepas sembilan tahun mengumpul wang.

"Saya sedih kerana hajatnya tidak kesampaian, tetapi reda dengan pemergian Allahyarham, lebih-lebih lagi ketika kami nak menunaikan haji," katanya yang juga Ketua Guru Tadika Islam, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Jumaah berkata, beliau terpaksa menangguhkan pemergiannya ke Makkah kerana dalam edah dan berharap dapat menunaikan ibadah itu tahun depan.

Allahyarham dari Bandar Tun Hussein Onn, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana pada jam 4.20 petang.

********************

Aku agak terkejut dgr berita ni... Kawan aku ada bgtau pasal arwah ayah dia nk p Mekah... dan aku pn risau benda ni terjadi.. tp dh suratan takdir...

Takziah kepada beliau dan keluarga... semoga tabah menghadapi ketentuan Ilahi.. Semogra roh ayahandanya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hambanya yang soleh... Al-Fatihah

No comments: