Wednesday, October 31, 2007

Sigh~ Ooo God!!

arghhhhhhhh!!!!!!!!! it's killin' me!!! i can't stand it anymore..!!
what should i do?? it has been more than a week now & today is the worst day i think..
I got diarrhea!!!!! probably becoz of the sausage last night! half cooked.. consequently amplify my uneasiness... i took my prescription everyday but still......

goshh.. it's very damn killin' me....... arghhhhhhhhh

1 way to distract myself ~sleep. Guess what, it works! thanks GOD

Now i can do all the stuff i need to do.........

Sunday, October 28, 2007

Take 5

arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!! sakit tulang belakang aku!!!

esok aku ada final xm utk 1 paper.. mujurla the xm is practical oriented. First part is written format which takes about an hour (i think so).. and 2nd part is concerning the database design + web + etc.

rehat kejap... hopefully apa yg aku baca mlm ni msk dlm kepala hotak aku nih.... aku ada sindrom "mudah lupa" dimana aku selalu warning budak2 nih (membe2)

"kalau aku tanya kat korang soalan yang pernah aku tanya, sila jangan pelik pasal aku ada short term memory!!"

hahahaha... aku pun pelik.. apsal laaaaa aku ni. Mungkin sebab bnyk dosa yang aku wat kot sepanjang aku idup kat dunia nih... kejap insap... kejap lupe pada keinsapan lalu.. manusia mudah lupe.. manusia=nis'yan=lupa

lepas esok nih.. kena concentrate on 2 major assg which contribute 30% and 45% each!!! hell a lot!!! it is my fault of course. Can't blame anyone else regarding my problem. What should i do then?? Whether i like it or not, i need to do something. to solve my prob. ingat lagi masa zaman2 sek rendah, bile ujung penggal nak masuk musim xm, akan kuar lah "latih tubi" dan ape2 nth lagi... baru tadi aku ingat aku nk tulis ape... ni salah satu contoh betapa sengalnya aku!!! adoiiiiiiiii!!!

okai... time's up!!!!

Tuesday, October 23, 2007

Kesunyian Malam

0117.. tik tik tik.. bunyi jam steering kapal Flying Dutchman kat sebelah laptop aku.. 0119… apa yang aku pikir nth…

asal plan lepas aku blk dr makan aka bukak pose kat umh membe.. nk study… aku.. mcm biasa aaaa.. dh smpi umah… bk tv…. tgk ada citer bes x… ada lak citer Supernatural….. adoiiiiiiiiii.. lekat la kejap… membe aku blk dari makan2 ngan senior kitorang kat Auburn. Dia datang sini atas urusan kerja.. aku x dpt follow pasal aku ada kelas jam 6pm… huha huha.. sorang lagi membe blk umah… abis citer.. aku n d geng solat………

masuk bilik…… dgn penuh azam dan tekad…….. aku pn bk notebook aku… usha notes yg patot utk jwb assg…… hampeh… idea ni mmg cipan.. time last2 minute ler dia nk datang………. tgh duk belek2 pdf file utk assg regulatory aku ni.. sorang membe msk bilik……… sorang lg dh tumbang………. borak2…… hehhe.. gossip……….. mcm2 citer kuar….. lama gak dowh.. smpi kol 1258am gak aaaaaaaaaaa………….

dh kering air liur……… dia blk bilik … nk tdo katanya……. ngantok……. aku duk dr td mengidam aiskrim…… aku habaq kat dia nk makan.. dia suggest mkn sok ler….. hihiihi.. ye la.. ye laa.. ye laa.. ye laa.. (trademark membe aku)… g dapor.. minum air kosong… msk blk… amik cekelat apa nth… alaaaa yg ada batang…. n cekelat tu bulat………. so duk kulum cekelat tu smpi abis… 0127……..

mata aku cerah lagi…………. nak golek2 ke……. nk bukak assg…….

tdo awal = bgn lambat

tdo lambat = bgn lambat

ape kes laaaaaaaaaaaaa…. adoiiiiiiiiii… boleh lak aku duk meraban pepagi kata alarm tu sume fake… pening2……. mmg ler bgn lambat…….. klu bgn awal pun…… nafsu utk tdo lepas subuh amat tinggi………… cekelat dh abis…. kulum batang yang tinggal jer…….. aku ingt nk bk assg skit kot………. msk toilet…. gosok gigi……. tdooooooo zzzzzzzzzzzZZZZZ… expected kol 0215 kot………. tata…….

dh lama x msk new entry……. itu pn lepas membe tego pasal ada blog tp x tulih…….. peduli kan… sape nk baca hahahha…. x teringin kot org nk bc ngomel2 aku nih………….. dah dah dah dah en m8hanafi……… g wat keje…………………. 0131

Sunday, October 14, 2007

Handphone Yang Mempunyai Ayat-Ayat Suci

(petikan dari http://www.al-ahkam.net)

ASSALAMU'ALAIKUM.,

Saya ingin meminta pendapat Ustaz disini. Handphone sekarang ni bukan macam dahulu.Handphone sekarang boleh menyiarkan profil grafik,logo operator dan juga ikon bergambar.Hari ini pula syarikat telekomunikasi wayarles telah banyak memperkenalkan profil grafik,logo operator dan juga ikon bergambar bercorakkan Islam seperti ada paparan Bismillah , Allahuakbar dan bermacam lagi paparan yg agak menarik.Kita kerap kali membawa handphone kita kemana sahaja kita pergi.Ini termasuk ketandas juga apabila diluar.Apa pendapat Ustaz tentang hal ini?Kita semua tahu yg ayat suci Al-Quran bukanlah boleh sewenangnya diletakkan dimana sahaja.Inikan pula paparan didalam handphone tersebut ayat seperti Bismillah dan Allahuakbar ,kemudian ada yg masuk kedlm tandas bersama handphone tersebut.Ada juga yg meletakkan handphone didlm saku belakang(bahagian punggung) dan paparan yg saya katakan seperti diatas masih aktif.Apa pendapat Al- Fadhil Ustaz dalam hal ini?


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin, para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara Mutakalim itu, semoga saudara diberkati oleh Allah Ta’ala di atas keperihatinan saudara terhadap permasalahan-permasalahan Islam.

Setelah meneliti soalan saudara itu , maka , alhamdulillah inilah jawapannya :

1 – Handphone ( telefon bimbit ) merupakan salah-satu daripada keperluan manusia di zaman moden ini , khasnya bagi mereka yang sentiasa bermu’amalah ( berurusan ) dengan berbagai pihak , samalah dengan keperluan manusia kepada kereta . Oleh itu sudah tentu , handphone ini adalah barang yang bernilai dan perlu dijaga dengan baik , yang mana tidak sedikit manusia yang bingung dan “serabut kepala“ dek kehilangannya, hinggakan ianya juga boleh “mengusik-ngusik“ kekhusyukan sembahyang seseorang itu.

Tindakan seseorang yang meletakkan handphone di bahagian belakangnya adalah bertujuan untuk menjaganya , walaupun lebih baik kalau diletakkan di tempat yang lebih sesuai , itupun jika ianya ada.

Di sini kita menggunakan kaedah Fiqh “Semua perkara itu bergantung kepada tujuannya“ dan “Kesukaran hendaklah dihilangkan“, untuk menentukan hukum bagi permasalahan-permasalahan yang ditimbulkan.

Oleh itu , tindakan seseorang yang meletakkan handphonenya (yang tertera icon ataupun grafik kalimah-kalimah suci) di bahagian belakang seseorang – contohnya di poket belakangnya - TIDAKLAH DAPAT UNTUK DIKATAKAN BAHAWA DIA TELAH MENGHINA KALIMAH-KALIMAH SUCI TERSEBUT . Ini disebabkan tujuannya ialah : UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG PERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU KE ATAS HANDPHONENYA ~ Contohnya : Dicuri orang, tercicir ataupun seumpamanya.

Walaupun begitu, kita amat menggalakannya agar handphone seperti itu, diletakkan ditempat yang lebih sesuai sebagai mana yang telah dinyatakan – itupun jika ada ruang yang sesuai baginya – dan tindakan seseorang yang meletakkan handphone di belakangnya itu harus, selagi ianya tidak berniat untuk menghina kalimah-kalimah suci Islam.

2 – Manakala bagi permasalahan seseorang yang membawa masuk handphonenya ke dalam tandas , walhal tertera di skrin handphonenya itu kalimah-kalimah suci (tidak ditutup handphonenya itu sebelum memasuki tandas) maka PERLAKUAN SEPERTI ITU ADALAH TIDAK DIBENARKAN DI DALAM ISLAM . Kerana telah terang nas-nas yang menunjukkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w tidak akan memasuki tandas melainkan setelah ditanggalkan terlebih dahulu cincinnya yang mempunyai cop mohor yang bertulis: “Muhammadur RasululLah“ (Muhammad itu adalah utusan Allah) .

Samalah seseorang itu tidak boleh masuk ke dalam tandas dengan membawa masuk bersamanya mushaf Al-Quran Al-Karim, ataupun apa-apa yang mengandungi ayat-ayat suci seperti buku saku Al-Ma’atsurat, Himpunan Doa-Doa, Wirid-wirid dan seumpamanya (kecualilah di dalam keadaan dharurat) .

Kita menasihati umat Islam agar berlaku cermat dan berhati-hati menjaga kesucian ayat-ayat Al-Quran dan syiar-syiar kebesaran Islam . Dan kita menasihati agar umat Islam selalu ingat untuk mengelakkan kejadian seperti itu berlaku ke atas diri-diri mereka sendiri.

**************************************

PERMASALAHAN TAMBAHAN :

“ Bukankah handphone yang mengandungi icon @ logo @ paparan ayat-ayat suci itu tetap haram dibawa masuk ke dalam tandas, sekalipun ianya telah ditutup (tidak diaktifkan) kerana kalimah-kalimah suci itu tetap ada di dalam memori handphone @ sim card handphone tersebut ??? “.

Jawapannya : Kefahaman seperti ini adalah kefahaman yang beku dan totok yang tidak diakui oleh Islam itu sendiri. Kerana itulah Islam itu bukan sahaja perlu difahami nas-nasnya, bahkan tujuan-tujuannya juga perlu turut sama dititik-beratkan.

Kalaulah kiasan (analogy) seperti ini kita gunakan untuk memahami masalah tersebut, maka bagaimanakah pula dengan seorang yang menghafal Al-Quran, adakah haram selama-lamanya dia daripada memasuki tandas !!?? .

Bukankah seorang yang menghafal Al-Quran Al-Karim , ayat-ayat suci tersebut tetap ada di dalam ingatannya sekalipun tidak diucapkan (dilafazkan) ???.

Oleh itu, orang yang menghafal Al-Quran Al-Karim tidaklah ditegah oleh syarak untuk memasuki tandas, kerana yang ditegah ialah membaca @ menuturkan @ melafazkan @ mengucapkan Al-Quran Al-Karim ataupun ayat-ayat suci di dalam tandas, bukannya ingatan-ingatannya terhadap ayat-ayat suci itu yang ditegah syarak !!!.

Maka begitulah juga dengan sebuah handphone yang mempunyai grafik @ icon @ paparan ayat-ayat suci, jika ditutup ia, maka tiadalah ia. Samalah seperti ayat-ayat suci itu dengan tuannya (yang menghafalnya), jika tidak dituturkannya, maka tiadalah ia.

Kesimpulannya : Bagi seseorang yang mempunyai handphone yang mengandungi grafik @ icon @ paparan ayat-ayat suci di skrinnya (paparannya), hendaklah ditutup terlebih dahulu sebelum dibawa masuk ke dalam tandas, agar tidak berlakunya penghinaan ataupun perbuatan menyenda kesucian syiar-syiar kebesaran agama Islam.

**************************************

MASALAH BERBANGKIT :

“Bagaimana pula jika ada seseorang yang meletakkan ayat-ayat suci di bawah tapak kaki dengan beralasan dia tidak berniat untuk menghina ataupun mempersenda-sendakan ayat-ayat tersebut?“.

Jawapannya: Bukan semua perkara memerlukan niat (SILA RUJUK: SJ-1881: PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MEMERLUKAN NIAT)

Lantaran itu, perbuatan seperti meletakkan ayat-ayat suci di bawah tapak kaki ataupun di bawah punggung , walaupun tidak dengan tujuan untuk menghinanya – sebagaimana yang didakwa – adalah tertolak dan tidak boleh dijadikan hujah ataupun keharusan untuk melakukannya !!!.

Apatah lagi perbuatan itu merupakan satu perbuatan penghinaan, yang sememangnya tidak memerlukan niat, ataupun melafazkannya sebagai pengkhabaran terhadap penghinaan itu, kerana perbuatan seperti itu sudah tidak dapat lagi untuk didolak-dalihkan (takwil) melainkan ianya adalah penghinaan terhadap ayat-ayat suci semata-mata !.

Samalah dengan mereka yang mengucapkan kalimah yang boleh menyebabkannya murtad, walaupun tanpa niat, ianya tetap menjadikannya sebagai kufur dan murtad. Ini disebabkan ulama’ Tauhid sendiri mengatakan: “Menceritakan hal kufur tidaklah menjadikan seseorang itu kufur, akan tetapi bertutur dengan kalimah yang kufur boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kufur“ (رواية الكفر ليس بالكفر و إنما الكفر . القول بالكفر) !!! .

Samalah juga dengan mereka yang melakonkan watak sebagai seorang paderi , dengan memakai pakaian khas sang paderi , ditambah pula dengan mengalungkan rantai salib di tengkuknya. Dan begitulah dengan mereka yang berlakon sebagai seorang Sami Budha dengan memakai pakaian rasmi si sami. Ataupun lakonan seseorang Islam yang melakonkan watak menyembah patung-patung. Kesemuanya itu dan yang seumpama dengannya boleh menyebabkan seseorang itu murtad dan kufur (engkar dan kafir) kepada Allah Ta’ala !!! ~ Wal’iyadzu BilLahi Min Dzalik.

Pendek Kata : Perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kufur , bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan “ main-main “ ataupun “ senda-gurau “. Apatah lagi jika ianya dipandang sebagai perkara yang remeh-temah !!!.

Sila Rujuk juga jawapan kami di : SJ-1873: SEBAB-MUSABAB, TAQDIR & MASALAH MURTAD

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

8 / Sya’aban / 1423 H
15/ September / 2002 M

Selasa – Bandaraya Kaherah

Waktu yang Dilarang Bersembahyang

(Petikan drp www.brunet.bn/gov/mufti, http://ibadah.blog.com/1235642/)

Sebagai mana dijelaskan oleh para ulama feqh berdasarkan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa waktu-waktu tertentu yang ditegah melakukan sembahyang adalah seperti berikut:

1. Bermula dari terbit matahari sehingga matahari naik tinggi kira-kira kadar satu tombak. Satu tombak itu adalah kira-kira kadarnya tujuh hasta paras ketinggian orang biasa dan satu hasta pula ialah kira-kira menyemai dengan lapan belas inci.

2. Waktu Istiwa iaitu waktu matahari berada di tengah-tengah langit sehingga gelincir matahari atau condong ke bawah. (Kecuali waktu istiwa pada hari Jumaat)

3. Waktu ketika matahari berwarna kekuning-kuningan sehingga tenggelam keseluruhan bulatan matahari itu di ufuk.

Ketiga-tiga waktu ini ada disebutkan di dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani katanya yang maksudnya :

"Tiga waktu yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang kami bersembahyang dan mengkebumikan mayat, iatu ketika matahari naik sehingga tinggi, ketika matahari tegak (terpacak) sehingga gelincir dan ketika matahari hampir terbenam sehingga ia terbenam”

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas melarang bersembahyang dan mengkebumikan mayat pada ketiga-tiga waktu berkekenaan.

4. Selepas sembahyang fardhu Subuh iaitu bagi orang yang telah menunaikan sembahyang Subuh sehingga terbit matahari.

5. Selepas sembahyang fardhu ‘Asar sehingga terbenamnya matahari.

Diterangkan di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri yang mengatakan bahawa dia telah mendengar Rasulullah Sahallalahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Tidak ada sembahyang selepas Subuh sehingga terbit matahari dan tidak ada sembahyang selepas Asar sehinggalah matahari terbenam”.

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hukum Menunaikan Sembahyang Pada Waktu-Waktu Tersebut

Menurut pendapat yang mu‘tamad dalam mazhab Syafi‘ie bahawa hukum melakukan sembahyang pada waktu-waktu yang tersebut itu adalah makruh tahrim. (Mughni al-Muhtaj :1/128, Fathul ‘Allam: 3/114,Fiqh al-Islami wa Adillatuh:1/520 )

Makruh tahrim sebagai mana yang dijelaskan oleh pengarang Hasyiyah I‘anah Thalibin dan pengarang Fathul ‘Allam ialah hukum yang sabit dengan dalil yang zhanni dan boleh dibuat takwilan (andaian), berbeza dengan haram yang mana ia sabit dengan dalil qath‘ie yang tidak boleh dibuat takwilan sama ada dalil itu daripada kitab atau sunnah atau ijma‘ ataupun qiyas. (I‘anah Tahalibin:1/197, Fathul ‘Allam: 3/114)

Ada juga pendapat ulama yang mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh tanzih. Walau bagaimanapun sembahyang itu tetap tidak shah sebagaimana kata Al-Khatib Asy-Syarbini yang maknanya :

“Dan tidak shah sembahyang itu jika kita berpendapat bahawasanya hukumnya adalah makruh tahrim, dan begitu juga pada pendapat yang mengatakan bahawa hukumnya adalah karahah tanzih menurut pendapat yang ashah”

(Mughni al-Muhtaj:1/129)

Menyenghajakan Mengakhirkan Sembahyang Untuk Dilakukan Pada Waktu-Waktu Makruh

Berkata pengarang Fathul Mu‘in yang maknanya :

“Maka jika seseorang itu bermaksud (menyenghajakan untuk mengakhirkan) sembahyang yang bukan empunya waktu di dalam waktu makruh (mengerjakan sembahyang) kerana waktu itu adalah waktu makruh (sebagaimana yang telah diketahuinya) maka hukumnya adalah haram secara mutlak dan sembahyang itu tidak shah walaupun (mengqadha) sembahyang yang telah luput waktunya sekalipun wajib di qadha dengan segera kerana dia telah menentang hukum syara’”

(I‘anah at-Thalibin:1/199-200)

Berlainan halnya jika tujuan mengakhirkannya pada waktu makruh itu oleh sebab yang tertentu iaitu bukan dengan niat melakukannya pada waktu itu kerana waktu itu adalah waktu makruh seperti mengerjakan sembahyang Janazah selepas sembahyang Asar kerana bertujuan supaya ramai jamaah bersembahyang, maka itu adalah diharuskan. (Lihat Hasyiah I‘anah Thalibin:1/200)

Tidak termasuk di dalam larangan itu bagi sembahyang yang empunya waktu seperti mengakhirkan sembahyang Asar sehingga matahari kekuning-kuningan.

Apakah Dia Sembahyang-Sembahyang Yang Dilarang Melakukannya itu?

Sembahyang-sembahyang yang ditegah melakukannya pada waktu-waktu yang lima ialah sembahyang sunat Muthlaq iaitu sembahyang yang tiada mempunyai sebarang sebab seperti sembahyang sunat Tasbih dan juga sembahyang yang bersebab tetapi sebabnya itu terkemudian. Sembahyang yang sebabnya terkemudian itu ialah seperti sembahyang sunat Ihram dan sembahyang sunat Istikharah. Sebab sembahyang sunat Ihram itu adalah kerana memakai Ihram, ia hanya berlaku setelah melaksanakan sembahyang Ihram dan Istikharah itu pula kerana membuat suatu perkara itu dimulakan selepas sembahyang Istikharah.

Adapun sembahyang yang sebabnya terdahulu daripada sembahyangnya ataupun beriringan, maka harus dikerjakan pada waktu-waktu tegahan itu, tidak makruh dan tidak haram. Misal sembahyang-sembahyang berkenaan ialah seperti sembahyang qadha sama ada fardhu atau sunat, sembahyang Janazah, sembahyang Istisqa’, sembahyang gerhana, sembahyang sunat yang dinazarkan, sembahyang Hari Raya, sembahyang Dhoha, sembahyang sunat Thawaf, sembahyang sunat Wudhu, sembahyang sunat Tahiyatul Masjid, sujud Tilawah dan sujud Syukr dan lain-lain solat yang sebabnya terdahulu.

Sembahyang-sembahyang ini harus untuk dilakukan pada lima-lima waktu dilarang melakukan sembahyang itu berdasarkan hadis Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Ijma‘ para ulama.

Menurut sebuah riwayat mengenai dengan peristiwa taubat Ka‘ab bin Malik bahawa dia telah melakukan sujud syukur selepas sembahyang fardhu Subuh sebelum lagi terbit matahari.

Menurut sebuah hadis lagi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam brsabda kepada Bilal yang maksudnya :

Maksudnya: “Wahai Bilal! Cuba kau ceritakan kepadaku apakah perkerjaan yang paling kau harapkan daripada perkerjaan-perkerjaan yang telah kamu lakukan dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi kasut engkau di hadapanku di syurga?” Bilal berkata: “Aku tidak melakukan suatu perkerjaan yang paling aku harapkan selain aku tidak pernah bersuci sama ada malam atau siang kecuali untuk bersembahyang dengannya, sembahyang yang ditentukan oleh Allah untukku(sembahyang sunat)”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas menjelaskan bahawa sujud syukur harus dilakukan pada waktu yang terlarang. Begitu juga dengan sembahyang sunat wudhu setelah bersuci dengan mengambil wudhu sebagaimana yang diamalkan oleh Bilal Radhiallahu ‘anhu tidak mengira siang atau malam. Ini kerana sebab sembahyang sunat wudhu dan sujud syukur itu adalah sebab yang terdahulu bukan terkemudian. Begitulah juga halnya dengan sembahyang-sembahyang lain yang mempunyai sebab yang terdahulu.

Hikmah Pengharaman Sembahyang Pada Waktu-Waktu Berkenaan

Larangan mengerjakan sembahyang pada waktu-waktu berkenaan mempunyai hikmat yang tersendiri.

Waktu ketika matahari terbit, maka terbitnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan, lalu orang kafir bersembahyang untuknya. Waktu ketika matahari tegak (rembang) pula, ketika itulah neraka Jahannam dimarakkan dan pintu-pintunya dibuka dan waktu ketika matahari hendak terbenam, maka terbenamnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan maka orang kafir bersembahyang untuknya. Perkara ini ada dijelaskan di dalam hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam antaranya hadis daripada Abdullah ash-Shunabiji bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Ketika matahari terbit akan disertai oleh syaitan. Jika matahari telah naik, maka syaitan akan meninggalkannya. Apabila matahari tepat berada di tengah (waktu istiwa) maka syaitan akan menyertainya, tetapi jika matahari telah gelincir, maka syaitan akan menjauhinya. Apabila matahari hampir terbenam pula, maka syaitan akan menyertainya dan jika matahari telah terbenam, maka syaitan akan menjauhinya. Di waktu-waktu itulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang seseorang mengerjakan sembahyang”

(Hadis riwayat An-Nasaie)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :

“Maka sesungguhnya neraka Jahannam di nyalakan pada waktu tengah hari( iaitu ketika matahari berada ditengah-tengah)”

(Hadis riwayat An-Nasaie)

Adapun hikmah melarang sembahyang sunat selepas sembahyang Subuh dan Asar bukanlah disebabkan sesuatu yang wujud dalam waktu itu, sebab dari segi hukum waktu itu dihabiskan dengan kewajipan waktu, yang lebih baik daripada sunat yang sebenarnya.

Lain-Lain Waktu Yang Ditegah Melakukan Sembahyang

Selain daripada waktu-waktu tegahan bersembahyang sebagaimana yang diperjelaskan di atas ada juga beberapa waktu dan keadaan yang juga dilarang sama ada hukumnya makruh atau haram sebagaimana yang akan dihuraikan dibawah ini.

1.Ketika hendak didirikan sembahyang fardhu.

Makruh memulakan sembahyang sunat selepas muadzdzin memulakan iqamah sembahyang, sama ada sembahyang itu sembahyang sunat rawatib, seperti sembahyang sunat Subuh, Zuhur dan lain-lain. Sama ada dia meyakini yang dia akan sempat mendapat satu rakaat bersama-sama imam atau tidak. (Lihat Al-Majmu:4/62)

Dalil pendapat ini hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Apabila sembahyang didirikan, maka tidak boleh dilakukan sembahyang kecuali sembahyang fardhu.”

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Adapun hikmah larangan bersembahyang sunat selepas iqamah dilaungkan ialah supaya seseorang itu sempat bersembahyang fardhu bersama-sama dengan imam dari awalnya, iaitu dia boleh memulakan sembahyang beriringan dengan imam. Jika dia sibuk dengan sembahyang sunat, dia akan luput takbiratul ihram bersama-sama imam. Begitu juga dia akan luput beberapa amalan sembahyang yang menyempurnakan fardhu. Fardhu adalah lebih utama dijaga supaya sempurna. Hikmah lain pula ialah adanya larangan daripada menyalahi imam. (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh: 1 / 532)

2.Ketika Khatib Berada Di Atas Mimbar

Sebaik saja imam duduk di atas mimbar, maka ditegah dan dilarang daripada melakukan sembahyang. Tegahan ini adalah khusus kepada mereka yang telah sedia ada hadir di masjid sedang imam telahpun duduk di atas mimbar.

Berkata imam An-Nawawi yang maknanya :

“Berkata Ash-hab Syafi‘ieyah: Apabila imam duduk di atas mimbar adalah ditegah untuk memulakan sembahyang sunat, mereka menaqal bahawa telah ijma‘ ulama dalam perkara ini. Dan berkata Pengarang al-Hawi: Apabila imam duduk di atas mimbar adalah haram ke atas orang yang berada di dalam masjid untuk memulakan sembahyang sunat, jika waktu itu dia sedang di dalam sembahyang hendaklah dia duduk (berhenti)” (Al-Majmu‘: 4/472).

Haram mendirikan sembahyang sama ada sembahyang itu sembahyang fardhu atau sunat sekalipun qadha sembahyang itu wajib disegerakan. Umapamanya orang yang meninggalkan sembahyang Subuh tanpa sebarang uzur, maka haram dia melakukan qadha Subuh itu sejak dari waktu duduknya imam itu sekalipun sebelum dia membacakan khutbah. Atau sekalipun dia yakin yang dia boleh selesai dan sempat mengikuti permulaan khutbah, sebagaimana yang telah dii‘timadkan oleh al-Ramli dalam Fatawanya. (Fathul ‘Allam 3/111).

Jika dilakukannya sembahyang pada ketika itu, maka tidaklah sah sembahyangnya walaupun pada ketika imam itu membacakan doa untuk sultan ataupun ketika mengucapkan taraddhi (mengucapakan Radhiallahu ‘anh apabila disebut nama-nama para sahabat) kerana semua itu dikira ada hubungannya dengan khutbah Jumu‘ah. (Fathul ‘Allam:3/111)

Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya yang maknanya : “Tidak shah (sembahyang fardhu seperti sembahyang qadha yang baru dia teringat ketika itu sekalipun wajib disegerakannya atau sembahyang sunat) dan juga tidak shah thawaf dan sujud tilawah atau syukur menurut yang zhahir pada keduanya (thawaf dan sujud tilawah atau sujud syukur) sebab mengambil illah para ulama mengapa diharamkan sembahyang (selepas imam duduk di atas mimbar) kerana perbuatan itu adalah menghindar atau berpaling daripada (mendengar) khutbah secara keseluruhan”

(Hawasyi Syarwani wa Ibn Qasim ‘ala at-Tuhfah:2/457)

Sepertimana diharamkan mendirikan sembahyang pada waktu tersebut, adalah juga diharamkan memanjangkan sembahyangnya. Maka, sesiapa yang pada ketika itu (ketika imam duduk di atas mimbar) dia sedang sembahyang, maka wajib dia mentakhfif (meringankan atau menyingkatkan) sembahyangnya itu.(Fathul ‘Allam:3/112)

Maksud mentakhfifkan sembahyang itu ialah memadai melakukan perkara-perkara yang rukun dan wajib dalam sembahyang sahaja. Ada juga pendapat lain yang mendifinisikan bahawa maksud takhfif itu ialah meninggalkan tathwil (memanjangkan) menurut ‘urf (kebiasaan) dan ini adalah pendapat yang awjah sepertimana dalam syarah ar Ramli. Menurut pandapat ini adalah makruh menambah daripada apa yang wajib sebagaimana yang dikatakan oleh al-Kurdi sebagai menjaga pendapat yang pertama itu. (Fathul ‘Allam:3/113)

As-Saiyid Abu Bakr menyebutkan sebagaimana yang dinaqalnya daripada perkataan Ibn Qasim bahawa sayugianya jika dia memulakan sembahyang fardhu sebelum imam (khatib) duduk di atas mimbar, dan khatib itu duduk sedang dia masih di dalam sembahyangnya, jika sembahyangnya itu tinggal dua rakaat maka harus dia melakukannya (menyempurnakannya) dan wajib dia mentakhfif. Jika banyak (lebih daripada dua rakaat), maka ditegah melakukannya dan wajib dia memberhentikannya atau menukarkannya menjadi sembahyang sunat dan memadailah melakukannya dua rakaat di samping wajib mentakfifkannya. (Fathul ‘Allam:3/113)

Adapun orang yang baru memasuki masjid sedang imam telah duduk atau berada di atas mimbar membaca khutbah, maka harus yakni sunat bersembahyang selagi tidak ditakuti akan luput bertakbiratul ihram bersama-sama imam sebelum dia duduk. Begitu juga orang telah duduk kerana lupa atau jahil tetapi belum panjang jarak masanya disunatkan bersembahyang sunat dua rakaat dengan niat tahyiyatul masjid. (Hawasyi Syarwani wa Ibn Qasim ‘ala at-Tuhfah:2/457)

Pada pendapat mazhab Hanafi dan mazhab Maliki pula, makruh hukumnya melakukan sembahyang tahiyatul masjid pada ketika itu sebagaimana yang dijelaskan oleh pengarang Rahmatul Ummah. (Fathul ‘Allam:3/113).

Sembahyang Zohor Sebelum Imam Selesai Menunaikan Sembahyang Jumu‘ah

Antara waktu yang boleh dikira sebagai waktu yang terlarang menunaikan sembahyang ialah pada waktu imam belum selesai mendirikan sembahyang Jumaat. Akan tetapi hukum ini khusus bagi sembahyang fardhu Zohor dan bagi orang yang meninggalkan sembahyang Jumu‘ah dengan sengaja tanpa uzur syara‘.

Imam an-Nawawi menjelaskan pendapat Ash-hab Syafi‘ieyah (Ulama-ulama mazhab Syaf‘ie) bahawa bagi sesiapa yang diwajibkan ke atasnya menunaikan sembahyang fardhu Jumu‘ah, maka tidak harus menunaikan sembahyang Zohor sebelum lagi dia terluput sembahyang Jumu‘ah itu tanpa ada sebarang khilaf mengenainya kerana yang dituntut ke atasnya ialah fardhu Jumu‘ah. Jika dia menunaikan sembahyang Zohor sebelum lagi luput dan imam belum lagi selesai menunaikan sembahyang Jumu‘ah itu, maka menurut qaul jadid sembahyang Zohornya itu adalah tidak shah. Para Ash-hab juga sepakat bahawa pendapat yang shahih ialah batal sembahyang Zohornya itu. (Lihat Al-Majmu‘:4/416)

Bahkan, menta’khir sembahyang Zohor sehingga selesai solat Jumu‘ah itu adalah disunatkan ke atas orang yang mempunyai keuzuran seperti orang sakit yang berkemungkinan akan hilang uzurnya itu sebelum lagi imam selesai mendirikan solat Jumu‘ah, misalnya dia sembuh atau pulih sehingga benar-benar putus harapannya bahwa dia tidak akan sempat hadir untuk mengikuti sembahyang Jumu‘ah. Kadar waktu itu menurut pendapat yang ashah ialah ketika imam mengangkat belakangnya untuk bangun daripada rukuknya pada rakaat yang kedua. (Lihat mughni al-Muhtaj: 1/279)

Pengecualian Larangan Bersembahyang Pada Waktu-Waktu Larangan Itu

Dalam mazhab Syafi' larangan bersembahyang pada waktu-waktu tersebut dikecualikan dalam keadaan-keadaan berikut:

1.Hari Jumaat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa mengerjakan sembahyang ketika matahari tegak (rembang) adalah makruh tahrim. Bagaimanapun ia dikecualikan pada hari Jumaat. Perkara ini dijelaskan di dalam sebuah hadis daripada Qatadah daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya yang maksudnya:

"Bahawasanya Baginda membenci sembahyang pada tengahari (rembang) kecuali pada hari Jumaat, dan Baginda bersabda: "Sesunguhnya neraka Jahannam dimarakkan (pada saat itu) melainkan pada hari Jumaat".

(Hadis riwayat Abu Daud)

Pengkhususan itu pula adalah umum untuk orang yang hadir ke masjid atau tidak. Berkata Al-Khatib Asy-Syarbini:

Ertinya: "Dan pada pendapat yang ashah adalah harus bersembahyang pada waktu ini (waktu matahari tegak) sama ada dia hadir sembahyang Jumu‘ah ataupun tidak". (Mughni al-Muhtaj:1/128)

2. Tanah Haram Mekah

Mengerjakan apa saja jenis sembahyang di tanah suci Mekah adalah diharuskan tanpa mengira sebarang waktu sekalipun pada waktu yang terlarang. Pendapat ini adalah yang shahih di dalam mazhab Syafi‘ie dan disokong dengan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, sabda Baginda yang maksudnya :

"Wahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu melarang seseorang tawaf di rumah ini (Baitullah) dan bersembahyang pada bila-bila waktu yang dia sukai, malam atau siang"

(Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Lagipun bersembahyang di tanah haram Mekah ada tambahan kelebihan atau fadhilat, maka harus mengerjakan sembahyang di sana dalam apa-apa jua keadaan. (Mughni al-Muhtaj: 1/130)