Tidaklah Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam jika diberi dua pilihanTempoh Ruksoh
kecuali baginda memilih yang paling mudah diantaranya selagi tidak
mengandungi dosa. (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahih
al-Bukhari, Kitab al-Hudud, hadis no. 6786.)
@ Tiada batasan tempoh had berdasarkan hadis yang berbeza-beza mengenai tempoh nabi SAW melakukan solat qasar. (4#1)
@ Solat dalam waktunya adalah lebih afdal. Tetapi jika terdapat kesulitan walaupun sudah tiba di destinasi, dibolehkan jama'. (4#1) (4#4)
@
@ Walaupun solat tamam ketika musafir, tiada masalah kerana rukhsoh. Kerana sesetengah orang (awam) berpendapat terputus ruksoh musafir itu. (4#3)
Jama' Ketika Tidak Musafir
@ Wujud perselisihan disebabkan tafsiran kepada hadis Ibn Abbas
Ibnu Abbas r.a. berkata: Bahawasanya Nabi s.a.w. pernah menjamakkan antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya. (HR al-Jamaah kecuali Bukhari dan Ibnu Majah).@ Imam Syafie & Imam Malik - jama' hanya dibolehkan ketika hujan (selain dari musafir).
Imam al-Nawawi berkata, segolongan ulamak besar membenarkan jamak di dalam keadaan tidak musafir, kerana ada keperluan, asalkan tidak dijadikan adat yang tetap. Demikianlah pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari ashab malik. Diriwayatkan juga oleh al-Khathabi dari al-Qaffal al-Kabir dari kalangan pengikut al-Syafi'i. (Ibid.)@ Imam Ahmad & Hanbali - lebih luas tempoh ketika yang dibenarkan. (6#2)
@ Jumhur ulamak berpendapat bahawa tidak boleh melakukan jamak kerana hajat. Golongan ulamak selain mereka berpendapat boleh jamak kerana hajat (tidak kerana musafir/hujan/sakit).
Kesimpulan:
Tidak menjamak-kan secara sebarangan. Dalam keadaan tidak bermusafir, hendaklah dilakukan apabila keadaan benar-benar memerlukan dan mendesak (Berdasarkan mazhab Hanafi & Hanbali). Jika ada ruang untuk mengerjakan sembahyang secara biasa, maka lakukanlah. Dan berusahalah semampu mungkin untuk mengerjakan sembahyang pada waktunya masing-masing kecuali pada tempat-tempat yang dibenarkan. (6#1)(6#2)
Jama' Sebelum/Selepas Perjalanan Dirumah
@ Solat Jama’ sebelum perjalanan diperbolehkan jika terdapat kesukaran untuk bersolat semasa didalam perjalanan. Solat Jama’ ini dilakukan tanpa menqasarkan (memendikkan) solat tersebut, kerana permusafiran belum dimulakan lagi. Begitulah juga keadaan seseorang yang pulang dari permusafiran yang tidak dapat menunaikan solat, maka diperbolehkan menjama’kan solat tanpa mengqasarkannya. (7#1)
@ "Jika musafir ingin bertolak dari tempat tinggalnya sebelum tergelincir matahari (sebelum Zohor), maka hendaklah dia solat Zohor dan Asar secara Jama' Ta'khir, walaubagaimana pun jika dia bertolak dari tempat tinggalnya selepas tergelincir matahari (masuk Zohor), Maka yang paling afdal ialah melakukan solat Zohor dan Asar secara Jama' Taqdim" [Majmu' Fataawa, 13/162]. (7#2)
Jama' Tanpa Niat
@ Ulama khilaf dalam hal ini. Ada yang berpegang kepada syarat solat jama' adalah berniat pada waktu pertama (contoh diatas adalah waktu maghrib), semasa takbirnya. Ada juga yang menjadikan niat pada solat pertama itu sebagai bukan syarat sah solat jama' tersebut. (8#1)
@ Jumhur ulama' mensyaratkan agar tahu tempat yang dituju (berniat memulakan perjalanan) (8#2)
@ Dari segi pemilihan takdim atau ta'akhir diberi sepenuhnya pilihan kepada si musafir mengikut musyaqqah (kesusahan) yg dialaminya atau bila ada kelapangan dan keringan.
Jika dia tidak ada kesempatan solat takdim kerana berada di atas kenderaan, maka ia boleh niatkan untuk ta'akhir sebelum waktu solat pertama itu tamat. (8#2)
@ Tidak terdapat sebrg dalil mengenai perlunya niat jika ingin menjama’kan solat ini. Inilah pendapat jumhur ulama’. Ibnu Taimiyyah mengatakan bhw Rasulullah saw tidak pernah memerintahkan kpd sahabat2 supaya berniat utk melakukan jama’ maupun qasar.(Fiqh sunnah dan koleksi hadis hukum 4) (8#3)
Solat Jumaat & Jama'
@ TIDAK BOLEH untuk menjama' solat Jumaat & asar (9#1)
@ Boleh bermusafir pada hari Juma'at kecuali jika azan Zuhur sudah berkumandang, maka haram bermusafir ketika ini (Kena solat Jumaat). (9#2)
@ Berikut diringkas beberapa pandangan Mazhab bagi mereka musafir yang tidak diwajibkan solat Jumaat :-
a. Mazhab Syafie : - Boleh keluar bermusafir sebelum Fajar dan dia berada ditempat yang tidak didengari azan Jumaat.
b. Mazhab Maliki : - Dibolehkan musafir sebelum Fajar, Makruh selepas Fajar akan tetapi tidak dilarang perjalanannya.
c. Mazhab Hanbali :- Makruh musafir sebelum Fajar, di haramkan selepas tergelincir matahari melainkan keadaan ketakutan atau dalurat atau kemudharatan.
d. Mazhab Hanafi : - Tidak makruh musafir sebelum tergelincir matahari.
Begitulah pandangan ulama' mengenai hukum Solat Jumaat bagi mereka yang bermusafir, iaitu mereka yang bermusafir pada hari Jumaat. Dirumuskan bahawa tidak wajib Jumaat musafir sebelum hari Jumaat, bagi yang bermusafir selepas fajar maka wajib Jumaat keatasnya menurut setengah ulama' dan tidak wajib bagi sebahagian yang lain. (9#3)
@ Kesimpulannya, Solat Jumaat tidak wajib semasa musafir. Akan tetapi, jika seseorang itu sempat melakukan Solat Jumaat, maka itu merupakan satu kelebihan baginya. Pandangan ini lebih hampir kepada fiqh yang taisir (mudah) dan ruhsah (keringanan).
Jarak Antara Solat Jama' Pertama & Kedua
@ Didalam solat jama' (Jama' Taqdim sahaja bagi Mazhab Syafie), ia hendaklah ditunaikan secara muwallat (الموالاة); dimana Imam Nawawi didalam Matan Minhaj al-Thalibin menyebut 'waktu perpisahan itu tidak panjang' : (لا يطول بينهما فصل), iaitu sekadar duduk sebentar dan bangun menunaikan solat yang kedua. (10#1)
@ Bercakap tidak termasuk dalam perkara yang memutuskan muwalat kecuali bersembang (panjang). (10#2)
Jama' & qasar yang menjadi kebiasaan
@ Jika anda bekerja dalam satu kawasan Bandar yang besar, walaupun jaraknya melebihi 90km, anda tidak memndapat kelonggaran menqasarkan solat oleh kerana belum dianggap musafir, iaitu melintasi sempadan Bandar tersebut. (12#2)
@ Tidak kira berapa kerap seseorang itu bermusafir, ia tetap mendapat ruhsah / kelonggaran didalam bersolat secara Qasar. Apa yang tidak dibolehkan adalah sentiasa menjama’ solat. Kebiasaan menjama’ solat ini adalah sesuatu yang dilarang, kecuali didalam keadaan-keadaan yang terdesak. (12)
Solat Di Dalam Kapal Terbang
@ Jelasnya bagi waktu Maghrib, Isyak, dan Subuh akan dapat diketahui dengan melihat kepada tanda-tanda masuknya waktu , seperti waktu Maghrib masuk apabila matahari tenggelam , hilangnya cahaya merah menandakan masuknya waktu Isyak dan terbitnya matahari, adalah tanda masuk waktu Subuh.Adapun bagi waktu Zohor dan ‘Asar, boleh dikerjakan dengan cara melakukan ijtihad dan berusaha dengan apa sahaja cara yang termampu untukk mencari dan mengetahui masuknya waktu solat , apabila dapat diketahui waktunya di Negeri yang kamu berada di atasnya, maka kamu hendaklah melewatkan sedikit solat dari tempoh itu, kemudian barulah solat.Ini kerana waktu anda berada di dalam kapal terbang adalah tidak sama dengan waktu ketika berada di bumi. Anda juga boleh menjamakkan antara Zohor dengan ‘Asar, dan Maghrib dengan ‘Isyak samaada dengan cara jama’ al-Taqdim ataupun jama’ al-Ta’khir berdasarkan mana yang lebih mudah dan tidak membebankan bagi anda. Anda juga boleh bertanya kepada Kapten pesawat kerana dia memiliki peralatan yang boleh mengetahui waktu-waktu solat di udara.
Dan ketahuilah, sesiapa yang terlindung baginya (mana-mana) waktu solat, kemudian dia berijtihad dengan kadar kemampuannya, dan dia solat (berdasarkan ijtihadnya tadi) , maka solatnya dikira sah, kecualilah apabila jelas padanya (selepas itu) bahawa solatnya tadi dilakukan sebelum masuk waktu, maka hendaklah dia mengulangi solatnya.Jika tidak , maka tidak mengapa. (13)
Rujukan
1) Penjelasan Ustaz Asri - Rujukan 1
2) Himpunan Soal Jawab Panelis Al-Ahkam (Umum)
3) Imam solat asar, makmum masbuq solat zohor (solat jama')
4) Tempoh rukhsoh & kaedah solat (qasar & jama' atau qasar/jama') #1, #2, #3, #4
5) Watan Asli #1
6) Jama' bukan kerana musafir #1, #2
7) Jama' dirumah #1, #2
8) Jama' & keperluan berniat #1, #2, #3
9) Solat jumaat & jama' #1, #2, #3
10) Tempoh masa antara solat jama' pertama & kedua #1, #2
11) Jarak musafir #1
12) Jama' & qasar setiap hari #1, #2
13) Masalah di dalam kapal terbang #1
No comments:
Post a Comment