Wednesday, March 19, 2008

A New Life

Semester 3... merupakan semester terakhir aku.. mudahah-mudah hendaknya.. InsyaALLAH...

Satu kehidupan baru menerpa dalam diri..
  • Dari hidup bertiga kepada hidup beramai-ramai
  • Dari hidup bersama sejantina kepada hidup yang lebih terbuka kepada.. 3 jantina?!..
  • Dari hidup di rumah kepada hidup di hostel
  • Dari hidup bersama komuniti yang sudah berkeluarga kepada hidup bersama komuniti bujang
  • Dari hidup yang kurang penglibatan sosial kepada hidup yang lebih bersosial
  • Dari hidup yang sentiasa mendapat bekalan internet laju kepada hidup yang asik terima internet putus-putus
  • Dari hidup yang tidak endahkan alam sekeliling kepada hidup yang menghendakkan diri ini peka kepada persekitaran
  • Dari hidup yang sentiasa dihabiskan dirumah kepada hidup yang sentiasa di habiskan di sekolah
Banyak lagi hidup yang aku nak tulis... tapi aku sendiri pun malas nk pikir...

Adakah perubahan dalam kehidupan aku ini adalah satu kebaikan?? Perubahan dari hidup yang memerlukan perbelanjaan yang besar kepada perbelanjaan yang lebih kecil... Tentunya sesuatu yang bagus bagi aku.. Kehidupan yang dihiasi dengan bidadari-bidadari didunia??... tentunya suatu yang bagus untuk aku.. Kehidupan yang menghendakkan diri ini belajar erti menahan diri??.. tentunya suatu yang bagus untuk aku.. tapi adakah aku mampu??.. Aku tentu mampu.. ya.. aku mampu.. tapi dalam sedar tidak sedar.. terkadang aku hanyut bersama arus deras yang sentiasa menolak aku ke dasar sungai.. walaupun hakikatnya aku tidak pandai berenang.. tapi mujur jugaklah.. setiap kali aku hampir lemas, aku berjaya timbul di permukaan. Tapi..

Memang sudah menjadi lumrah manusia.. tidak pernah serik dengan apa yang pernah berlaku kepada diri mereka.. Selagi mana ia sesuatu yang indah.. selagi itulah mereka akan mencari keindahan yang hanya bersifat sementara.. Walaupun hakikatnya indah di mata tetapi tidak dihati..

Hidup selama hampir 25 tahun tidak pernah cukup untuk mengajar erti serik.. Ruang lingkup yang hendak dibicarakan terlalu luas.. tetapi cukuplah hanya sekadar fokus kepada isu semasa. Sebagai seorang pelajar yang diamanahkan untuk menimba ilmu demi anak bangsa dan agama.. seharusnya aku..

  • sentiasa bersedia untuk menerima ilmu
  • sentiasa mengulangkaji pelajaran
  • sentiasa bersedia untuk mengajar teman
  • sentiasa berfikir untuk memajukan diri
  • sentiasa bertekad untuk menjauhkan diri dari perkara-perkara yang memudharatkan diri
  • sentiasa bersedia untuk berbicara dengan bangsa lain
  • sentiasa yakin dengan diri sendiri
  • sentiasa beiktikad untuk mendapat keputusan yang terbaik
Namun, realitinya aku tidak mampu untuk bersedia untuk semua itu.. tapi yang pastinya aku akan cuba.. cuba untuk membuat sesuatu yang terbaik.. aku tidak rela dipersoalkan dengan segala urusan yang dipertanggungjawabkan kepada aku.. Oleh itu..

Niatlah untuk melakukan sesuatu kerana dengan niat maka kita akan bergerak menurut apa yang kita niatkan.. diselikan dengan ketakwaan kepadaNya.. Semoga aku.. kita.. kami... berjaya sentiasa didunia ini.. dan mudah-muadahan di Akhirat yang kekal selamanya.. Amin..