Sunday, November 25, 2012

Distro Hopper?

Am I eligible to be called as distro hopper?!

Win 7 Environment

Mac OS X Environment

Saturday, November 24, 2012

Hackintosh on VirtualBox

Hi guys.....

Sashiburi desu neeee...

Just wanted to update here....

Hackintosh OS X 10.8 Mountain Lion has been successfully installed on my Win 7 PC. 

Of course with the help of VirtualBox. Yeah... kind of cool right!!

Here's the guides <macbreaker>


Sunday, November 18, 2012

Ultrabook vs Tablet

ios
Ipad Mini 

OSX
Macbook Air 11.6"
Macbook Air 13.3"

Windows 8
Asus VivoBook 13.3"
Asus Vivo Tab TF810C
Lenovo Thinkpad Tablet 2

Pening kepala aku!!!!

Mana satu nak angkat!!!

NAFSU NAFSU NAFSU!!!!!

Lowest price ¥28,800
Highest price ¥77,000~

Portability - Productivity - Money!!

NAFSU NAFSU NAFSU!!!!!

Updated: Lenovo Thinkpad X1 Carbon Touch also looks kewl and rock!!! The problem is just money!!! Aiyoooo

Monday, October 15, 2012

Himpunan Masalah Khinzir & Anjing

Beberapa petikan dari artikel Dr. MAZA [1]

Pandangan mazhab sebahagian besarnya adalah ijtihad yang terdedah untuk dinilai oleh pihak yang lain. Maka kita pula berhak untuk mengambil pandangan lain yang pada penilaian kita lebih dekat kepada fakta dan lebih mampu menterjemahkan wajah Islam yang sebenar.

Demikian juga jika pendapat awal ulama al-Syafi’i dikekalkan yang mensyaratkan setiap urusan jual beli mempunyai lafaz, tentu sukar untuk kita di zaman moden ini membeli minuman atau makanan dari mesin-mesin canggih yang ada. Bahkan di sana banyak perkara yang menuntut seorang muslim melihat luar dari kerangka mazhabnya terutama tentang hubungan dengan non-muslim, zakat, wakaf, perkahwinan dan berbagai lagi. Bahkan pandangan-pandangan agama yang menyusahkan tanpa dalil dari al-Quran dan al-Sunnah patutlah dielakkan terutama untuk generasi moden yang mula fobia dengan agama. Apatah lagi kepada yang baru menganut Islam.

Tokoh fekah semasa lain yang terkenal Dr. Wahbah al-Zuhaili pula menyebut:
“Kata majoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafi’i atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab. Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan RasulNya. Allah dan RasulNya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang ALLAH wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan hanya tokoh tertentu, dan bukan yang lain....”

Sebelum ini saya telah jelaskan, betapa keterikatan atau sempit dengan satu-satu pendapat tanpa melihat kepada dalil dan lojik akan menjadikan kita tidak ilmiah, bahkan boleh menyanggahi sifat Islam yang suka kemudahan untuk umatnya. Umpamanya, ada yang memberitahu saya bimbang makan dari bekas hidangan bukan muslim, kalau-kalau pernah terkena khinzir dan belum dibasuh tujuh kali serta air tanah. Saya katakan, pertama; kita tidak patut mengandaikan perkara yang kita tidak nampak. Kedua; pendapat yang mewajibkan membasuh kesan khinzir dengan air tanah hanya pendapat mazhab. Sedangkan majoriti ulama berpendapat memadai dibasuh dengan air tanpa memerlukan tanah. Apa yang penting hilang kesannya. Tiada dalil pun yang menyatakan khinzir wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan termasuk air tanah. Pendapat ini disokong oleh tokoh besar Mazhab al-Syafi’i sendiri –walaupun berbeza dengan mazhabnya- iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) yang banyak mensyarahkan mazhab tersebut dan diterima pakai banyak karyanya di Nusantara ini. Kata Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi’i (meninggal 780H):
“Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali. Inilah pendapat yang paling sah dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Nawawi: Yang lebih tepat dari segi dalil memadai membasuh kesan khinzir sebanyak sekali tanpa tanah. Inilah pendapat kebanyakan ulama dan inilah pendapat yang diterima pakai. Ini kerana asal sesuatu perkara tidak wajib melainkan adanya dalil syarak”. (Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi’i, Rahmah al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah, m.s 9, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Bagi saya pendapat majoriti ulama ini di samping lebih kuat, ia juga memudahkan kita berurusan dalam hidup terutama bagi yang makan di hotel, kapalterbang, bertandang ke rumah jiran atau kenalan bukan muslim. Namun yang menfatwakan supaya diminum air tanah bagi sesiapa yang telah termakan sosej khinzir beberapa tahun lepas, tidak ada akal yang sejahtera yang dapat menyokong hal itu. Apatah lagi dalil syarak. Sepatutnya, kenyataan seperti itu jangan disiarkan dalam media. Hanya memalukan umat Islam. Tiada seorang sahabah pun yang masuk Islam, lalu baginda Nabi s.a.w memerintah dia meminum air tanah. Bersikap terbukalah kita dengan mendengar dalil orang lain. Islam dengan tafsiran yang sempit sukar untuk dipasarkan kepada umat moden.


Sunday, September 2, 2012

Himpunan Masalah Solat (Umum)

Untuk rujukan diri sendiri.

Solat Fardhu 2x Dalam Satu Waktu
@ TIDAK BOLEH. Dikecualikan seseorang yang telah bersembahyang fardhu terlebih dahulu, kemudian barulah didirikan solat secara jemaah, maka boleh bahkan dituntut supaya mengulangi balik sembahyangnya bersama jemaah. Sembahyang yang diulangi bersama jemaah ini dikira sebagai sunat. (Rujuk 1#2 untuk maklumat lebih lanjut) (1#1,#2)

Beralih Tempat Untuk Solat Sunat 
@ Sebahagian ulama yang mengatakan sunat beralih tempat berdalilkan dengan hadis Muawiyah r.a (2#1)

Solat Dalam Kenderaan Bergerak
@ Tegas Imam Nawawi lagi didalam Sharh Muslim, bahawa jika boleh hendaklah dia mengadap Qiblah, baik semasa Qiam, rukuk’ dan sujud diatas kenderaannya – maksudnya – kenderaan itu tidak bergerak. Maka dia dikira telah menunaikan kewajipan menurut Mazhab kami. Jika kenderaan tersebut bergerak, maka solat tadi dikira tidak sempurna disisi al-Syafie. Maka solat tersebut perlu diulangi apabila sampai ke destinasi. (3#1)

Berdiri Menghormati Azan
@ Tiada dalil yang mensyaratkan untuk berdiri menghormati azan. Menghormati azan adalah dengan cara menjawabNya.

Tahiyyatul Masjid

@ Menghormati masjid adalah dengan cara solat tahiyyatul masjid sebelum duduk. Luput kesunnnahan solat tahiyyatul masjid dengan duduk yang lama atau duduk sekejap dalam keadaan dia tidak lupa dan tahu tentang kesunnahannya. (2#2, 4#1)
@ Dr Wahbah al-Zuhaili mengatakan: (4#1)
"Mengerjakan sembahyang fardu atau lainnya (sembahyang sunat), dapat menggantikan sembahyang Tahiyatul Masjid. Dan, tak perlu niat Tahiyatul Masjid."
"Barangsiapa yang tidak dapat mengerjakan sembahyang Tahiyatul Masjid kerana hadas atau lain-lain sebab, dia disunatkan mengucapkan empat tasbih berikut: Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar."
Kucing
"Kucing bukan najis, ia termasuk hewan jinak yang berada di sekeliling kamu." Sunan Termidzi, no 92
@ Kucing melintas dihadapan ketika solat - TIDAK membatalkan solat. Hanya anjing hitam dan keldai shj yang mengganggu solat. (5#1)
@ Jilatan kucing tidak membatalkan solat (5#1)
@ Ulama' khilaf dalam perkara ini. Tetapi bulu kucing juga bukan najis yang membatalkan solat (dimaafkan). (5#2)

Kencing Tidak Lawas
@ Madzhab Hanafi: dima'afkan air kencing yang keluar sedikit pada pakaian kerana dharurat (dalm hal ini disebabkan penyakit beser) (alMughni, Jld 1, ms 35)

@ Madzhab Maliki: dima'afkan hadath yang berlaku dengan sendiri tanpa dikehendakki seperti daaimul hadhath (kencing beser atau dedas) (lihat kitab Maliki: syarahal saghir, Jld 1, ms 71)

@ Madzhab Hanbali: dima'afkan air kencing daripada pengidap kecing tidak lawas yang sudah berusaha mengawalnya semaksima mungkin tapi masih sukar mengawalnya.(alMughni, Jld 1, ms 30)

@ Madzhab Syafi'iy: majoriti fuqaha' Syafi'iyah berpendapat adalah dima'afkan kencing tidak lawas di atas kesulitan untuk mengelakkan diri daripadanya.(lihat Imam Nawawi, alMjmu' Jld 1, ms 266, 292; Mughni alMuhtaj, Jld 1 ms 191-194. )
Kebanyakan fuqaha' Syafi'iyah di Nusantara berpendapat batal wudhu' jika diyakini menitisnya air kencing dan hendaklah dibasuhkan pakaian itu (KHM Hadzami Syafi'iy, Indonesia, 100 Masalah Agama)

@ Petua Imam alGhazali (fuqaha' Syafi'iyah)dalam Bidayah alHidayah, ms 12 untuk mengatasi penyakit Daaimul hadath ini: iaitu dengan melakukan istibro' yakni berdehem berkali-kali, kemudian mengurut zakar perlahan-perlahan tiga kali dengan tangan kiri dari pangkal zakar ke hujungnya bila setiap kali buang air kecil.


Rujukan
1) Solat fardhu #1, #2
2) Solat sunat #1, #2
3) Solat dalam kenderaan #1
4) Azan #1
5) Kucing #1, #2
6) Kencing tidak lawas

Saturday, September 1, 2012

Himpunan Masalah Solat Jumaat

Bilangan Makmum
@ Tidak disyaratkan apa-apa jumlah minimum bagi bilangan jemaah solat Jumaat. (1)
@ Pendapat yg rajih (lebih tepat) ialah apa jua syarat mengenai bilangan utk solat Juma'at tidak sahih dan hadis Jabir ra yg menetapkan bilangan 40 itu ditolak oleh ahli2 hadis. Imam Syun'ani, Subulus Salam: 2/56; Syawkani, nailool Awthor: 3/262' Ta'aliq Bulughul Maram: 1/90) (2)
Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh (Majmu' Fatawa: 20/208) " mana-mana orang yg i'tiqad wajibnya manusia utk mengikuti salah satu madzhab yg Empat, tanpa yg lainnya, maka wajib bertaubat...."
@ Ahli Hadis yg paling menyerlah abad ini, alMuhaddith Albani telah membuat tahqeeqan (penilaian analitis) dalam masalah ini dan inilah rumusannya: (2)
Amat anih sekali dalam perkembangan Fiqh sehingga aku dapati ada 15 pendapat fiqih mengenai bilangan ahli Juma'at dan keabsahan solat Juma'at.
@ Oleh itu solat Juma'at sah dilakukan di mana saja dan sah dgn dua orang (Imam dan seorang makmum). Inilah yg difatwakan oleh Khalifah Umar alKhattab ra (riwayat Ibn Abi Syaibah) kpd penduduk negara2 Teluk (spt Bahrain, Qatar) yg menulis surat memohon fatwa mengenai kedudukan solat Juma'at di sana, maka membalas dgn fatwanya supaya solatlah Juma'at di mana saja kalian berada." *tanpa di beratkan dgn syarat2. (2)

Jumaat dan Hal-hal berkaitan
@ Tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas orang musafir. Walaubagaimanapun amat dianjurkan untuk tetap menghadirinya sebagai pilihan terbaik antara dua pendapat serta kerana banyaknya fadilat solat itu sendiri. (1#1)
@ Niat solat jumaat jama bersama asar "Aku solat jumaat jama dengan asar.." (1#5)
@ Solat Jumaat adalah tetap sah sekalipun seseorang itu tidak dapat sujud dengan sempurna disebabkan oleh suasana masjid yang penuh sesak. (1#1)
@ Syarat sah solat Juma'at ialah didahului dengan dua khutbah. Adapun sifat khutbah, kaifiyat atau rukun2 itu adalah permasalahan khilafiah. Asalkan solat Juma'at itu ada dua khutbah sudah memenuhi syarat. Jika dia melanggar sunnah-sunnah khutbah tidak menjejaskan atau membatalkan Juma'at kerana hanya dia tidak bertahmid dan berselawat pada khutbah kedua kerana minima tahmid itu adalah pada khutbah pertama. Khutbah kedua adalah sambungan sahaja. (lihat Dr Sa'id alQahthani, Solatul Jum'ah, cetakan Riyadh: maktabah alJuraisi) (1#4)
@ Musafir selepas subuh dengan kenderaan yang boleh digunakan untuk ke tempat solat jumaat - Wajib solat jumaat. (1#6)
@ Masbuq solat jumaat - sah hukum jumaat sekiranya masbuq dengan makmum yang sekurang-kurangnya mendapat satu rakaat bersama imam (1#7)

Solat Sunat Jumaat
@ Pendapat yang rajih, tidak ada solat sunat qabliyah sebelum Jumaat (3)
@ Ketika Imam berkhutbah, solat tahiyyatul masjid sebelum duduk (3#3)
@ Solat sunat 2 atau 4 rakaat selepas Jumaat. Afdal 4 rakaat. (3)

Rujukan
1) Jumaat dan permasalahan  #1#2#3, #4, #5, #6, #7
2) Bilangan Makmum #1, #2
3) Solat sunat Jumaat #1, #2, #3, #4

Sunday, August 19, 2012

Himpunan Masalah Solat Jama'

InsyaALLAH.... catatan untuk rujukan sendiri.
Tidaklah Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam jika diberi dua pilihan
kecuali baginda memilih yang paling mudah diantaranya selagi tidak
mengandungi dosa. (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahih
al-Bukhari, Kitab al-Hudud, hadis no. 6786.)
Tempoh Ruksoh
@ Tiada batasan tempoh had berdasarkan hadis yang berbeza-beza mengenai tempoh nabi SAW melakukan solat qasar. (4#1)
@ Solat dalam waktunya adalah lebih afdal. Tetapi jika terdapat kesulitan walaupun sudah tiba di destinasi, dibolehkan jama'. (4#1) (4#4)
@
@ Walaupun solat tamam ketika musafir, tiada masalah kerana rukhsoh. Kerana sesetengah orang (awam) berpendapat terputus ruksoh musafir itu. (4#3)

Jama' Ketika Tidak Musafir
@ Wujud perselisihan disebabkan tafsiran kepada hadis Ibn Abbas
Ibnu Abbas r.a. berkata: Bahawasanya Nabi s.a.w. pernah menjamakkan antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya. (HR al-Jamaah kecuali Bukhari dan Ibnu Majah).
@ Imam Syafie & Imam Malik - jama' hanya dibolehkan ketika hujan (selain dari musafir).
Imam al-Nawawi berkata, segolongan ulamak besar membenarkan jamak di dalam keadaan tidak musafir, kerana ada keperluan, asalkan tidak dijadikan adat yang tetap. Demikianlah pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari ashab malik. Diriwayatkan juga oleh al-Khathabi dari al-Qaffal al-Kabir dari kalangan pengikut al-Syafi'i. (Ibid.)
@ Imam Ahmad & Hanbali - lebih luas tempoh ketika yang dibenarkan. (6#2)
@ Jumhur ulamak berpendapat bahawa tidak boleh melakukan jamak kerana hajat. Golongan ulamak selain mereka berpendapat boleh jamak kerana hajat (tidak kerana musafir/hujan/sakit).

Kesimpulan: 
Tidak menjamak-kan secara sebarangan. Dalam keadaan tidak bermusafir, hendaklah dilakukan apabila keadaan benar-benar memerlukan dan mendesak (Berdasarkan mazhab Hanafi & Hanbali). Jika ada ruang untuk mengerjakan sembahyang secara biasa, maka lakukanlah. Dan berusahalah semampu mungkin untuk mengerjakan sembahyang pada waktunya masing-masing kecuali pada tempat-tempat yang dibenarkan. (6#1)(6#2)

Jama' Sebelum/Selepas Perjalanan Dirumah
@ Solat Jama’ sebelum perjalanan diperbolehkan jika terdapat kesukaran untuk bersolat semasa didalam perjalanan. Solat Jama’ ini dilakukan tanpa menqasarkan (memendikkan) solat tersebut, kerana permusafiran belum dimulakan lagi. Begitulah juga keadaan seseorang yang pulang dari permusafiran yang tidak dapat menunaikan solat, maka diperbolehkan menjama’kan solat tanpa mengqasarkannya. (7#1)
@ "Jika musafir ingin bertolak dari tempat tinggalnya sebelum tergelincir matahari (sebelum Zohor), maka hendaklah dia solat Zohor dan Asar secara Jama' Ta'khir, walaubagaimana pun jika dia bertolak dari tempat tinggalnya selepas tergelincir matahari (masuk Zohor), Maka yang paling afdal ialah melakukan solat Zohor dan Asar secara Jama' Taqdim" [Majmu' Fataawa, 13/162]. (7#2)

Jama' Tanpa Niat
@ Ulama khilaf dalam hal ini. Ada yang berpegang kepada syarat solat jama' adalah berniat pada waktu pertama (contoh diatas adalah waktu maghrib), semasa takbirnya. Ada juga yang menjadikan niat pada solat pertama itu sebagai bukan syarat sah solat jama' tersebut. (8#1)
@ Jumhur ulama' mensyaratkan agar tahu tempat yang dituju (berniat memulakan perjalanan) (8#2)
@ Dari segi pemilihan takdim atau ta'akhir diberi sepenuhnya pilihan kepada si musafir mengikut musyaqqah (kesusahan) yg dialaminya atau bila ada kelapangan dan keringan.
Jika dia tidak ada kesempatan solat takdim kerana berada di atas kenderaan, maka ia boleh niatkan untuk ta'akhir sebelum waktu solat pertama itu tamat. (8#2)
@ Tidak terdapat sebrg dalil mengenai perlunya niat jika ingin menjama’kan solat ini. Inilah pendapat jumhur ulama’. Ibnu Taimiyyah mengatakan bhw Rasulullah saw tidak pernah memerintahkan kpd sahabat2 supaya berniat utk melakukan jama’ maupun qasar.(Fiqh sunnah dan koleksi hadis hukum 4) (8#3)

Solat Jumaat & Jama'
@ TIDAK BOLEH untuk menjama' solat Jumaat & asar (9#1)
@ Boleh bermusafir pada hari Juma'at kecuali jika azan Zuhur sudah berkumandang, maka haram bermusafir ketika ini (Kena solat Jumaat). (9#2)
@ Berikut diringkas beberapa pandangan Mazhab bagi mereka musafir yang tidak diwajibkan solat Jumaat :-
a. Mazhab Syafie : - Boleh keluar bermusafir sebelum Fajar dan dia berada ditempat yang tidak didengari azan Jumaat.
b. Mazhab Maliki : - Dibolehkan musafir sebelum Fajar, Makruh selepas Fajar akan tetapi tidak dilarang perjalanannya.
c. Mazhab Hanbali :- Makruh musafir sebelum Fajar, di haramkan selepas tergelincir matahari melainkan keadaan ketakutan atau dalurat atau kemudharatan.
d. Mazhab Hanafi : - Tidak makruh musafir sebelum tergelincir matahari.

Begitulah pandangan ulama' mengenai hukum Solat Jumaat bagi mereka yang bermusafir, iaitu mereka yang bermusafir pada hari Jumaat. Dirumuskan bahawa tidak wajib Jumaat musafir sebelum hari Jumaat, bagi yang bermusafir selepas fajar maka wajib Jumaat keatasnya menurut setengah ulama' dan tidak wajib bagi sebahagian yang lain. (9#3)

@ Kesimpulannya, Solat Jumaat tidak wajib semasa musafir. Akan tetapi, jika seseorang itu sempat melakukan Solat Jumaat, maka itu merupakan satu kelebihan baginya. Pandangan ini lebih hampir kepada fiqh yang taisir (mudah) dan ruhsah (keringanan).

Jarak Antara Solat Jama' Pertama & Kedua
@ Didalam solat jama' (Jama' Taqdim sahaja bagi Mazhab Syafie), ia hendaklah ditunaikan secara muwallat (الموالاة); dimana Imam Nawawi didalam Matan Minhaj al-Thalibin menyebut 'waktu perpisahan itu tidak panjang' : (لا يطول بينهما فصل), iaitu sekadar duduk sebentar dan bangun menunaikan solat yang kedua. (10#1)
@ Bercakap tidak termasuk dalam perkara yang memutuskan muwalat kecuali bersembang (panjang). (10#2)

Jama' & qasar yang menjadi kebiasaan
@ Jika anda bekerja dalam satu kawasan Bandar yang besar, walaupun jaraknya melebihi 90km, anda tidak memndapat kelonggaran menqasarkan solat oleh kerana belum dianggap musafir, iaitu melintasi sempadan Bandar tersebut. (12#2)
@ Tidak kira berapa kerap seseorang itu bermusafir, ia tetap mendapat ruhsah / kelonggaran didalam bersolat secara Qasar. Apa yang tidak dibolehkan adalah sentiasa menjama’ solat. Kebiasaan menjama’ solat ini adalah sesuatu yang dilarang, kecuali didalam keadaan-keadaan yang terdesak. (12)

Solat Di Dalam Kapal Terbang
@ Jelasnya bagi waktu Maghrib, Isyak, dan Subuh akan dapat diketahui dengan melihat kepada tanda-tanda masuknya waktu , seperti waktu Maghrib masuk apabila matahari tenggelam , hilangnya cahaya merah menandakan masuknya waktu Isyak dan terbitnya matahari, adalah tanda masuk waktu Subuh.Adapun bagi waktu Zohor dan ‘Asar, boleh dikerjakan dengan cara melakukan ijtihad dan berusaha dengan apa sahaja cara yang termampu untukk mencari dan mengetahui masuknya waktu solat , apabila dapat diketahui waktunya di Negeri yang kamu berada di atasnya, maka kamu hendaklah melewatkan sedikit solat dari tempoh itu, kemudian barulah solat.Ini kerana waktu anda berada di dalam kapal terbang adalah tidak sama dengan waktu ketika berada di bumi. Anda juga boleh menjamakkan antara Zohor dengan ‘Asar, dan Maghrib dengan ‘Isyak samaada dengan cara jama’ al-Taqdim ataupun jama’ al-Ta’khir berdasarkan mana yang lebih mudah dan tidak membebankan bagi anda. Anda juga boleh bertanya kepada Kapten pesawat kerana dia memiliki peralatan yang boleh mengetahui waktu-waktu solat di udara.
Dan ketahuilah, sesiapa yang terlindung baginya (mana-mana) waktu solat, kemudian dia berijtihad dengan kadar kemampuannya, dan dia solat (berdasarkan ijtihadnya tadi) , maka solatnya dikira sah, kecualilah apabila jelas padanya (selepas itu) bahawa solatnya tadi dilakukan sebelum masuk waktu, maka hendaklah dia mengulangi solatnya.Jika tidak , maka tidak mengapa. (13)

Rujukan
1) Penjelasan Ustaz Asri  - Rujukan 1
2) Himpunan Soal Jawab Panelis Al-Ahkam (Umum)
3) Imam solat asar, makmum masbuq solat zohor (solat jama')
4) Tempoh rukhsoh & kaedah solat (qasar & jama' atau qasar/jama') #1#2, #3, #4
5) Watan Asli #1
6) Jama' bukan kerana musafir #1, #2
7) Jama' dirumah #1, #2
8) Jama' & keperluan berniat #1, #2, #3
9) Solat jumaat & jama' #1, #2, #3
10) Tempoh masa antara solat jama' pertama & kedua #1, #2
11) Jarak musafir #1
12) Jama' & qasar setiap hari #1, #2
13) Masalah di dalam kapal terbang #1