Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Friday, May 8, 2009

Aktiviti Khamis - 7 May 2009

Intro

Hari ni.... sepetang berjalan2... baru 1 jam 33 minit aku ada kat umah ni.... dikala aku bukak web ni.... dikala menulis bait2 rangkap tulisan ni... penat... esok nak kerja lagi... mcm masuk lmbt jer :b

Aktiviti I

Sepagi hari ni, aku duk discuss berkenaan dengan Self Assessment Report (SAR) bersama dgn 2 lagi rakan sekerja. SAR ni ada dokumen yg diperlukan untuk tujuan Accreditation nanti. Bakal diserahkan kepada panel Engineering Accreditation Council (EAC) pada suku ke-3 atau ke-4 tahun ini. Kami berbincang mengenai.... arghh... x perlu untuk kalian tahu... x perlu kalian memeningkan kepala kalian dengan perkara yang x berkaitan dengan kalian. Biarlah ia menjadi masalah kami, yang kami perlu menyelesaikannya sendiri - (ceewah.... mcm bes jer) -

Aktiviti Selingan I

Current version - Ubuntu 8.04 LTS (Hardy Heron)
Fasa I: Upgrade to - Ubuntu 8.10 (Intrepid Ibex)
Fasa II: Upgrade to - Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope)

Aku ada 1 external HD.... aku install Ubuntu 8.04 LTS (Linux Distro) masa aku buat master dulu... aku ingt.. malas nk upgrade to the latest version... tapi... jiwa meronta2 untuk mempunyai sesuatu yg terkini... hhehehe.. so... aku plug in USB HD to my Dell Vostro... boot from USB HD....... upgrade.... Fasa I dalam proses..... aku tinggalkan seketika.....

Aktiviti II

Aku telah didekati oleh rakan yang sama... semalam atau kelmarin.. aku x berapa ingt masa yang tepat, untuk membantu beliau menjayakan program Industrial Exposure (IndEX) untuk pelajar kami - pelajar tahun 2 - . Oleh kerana sebab2 yang tertentu, hanya sebuah bas yang diperuntukkan untuk membawa pelajar seramai 68 orang ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Mana mungkin!!!... x mungkin kami akan men"sardin"kan mereka didalam bas tersebut. Lalu rakan aku mengambil keputusan untuk membawa lebihan pelajar bersama pensyarah pengiring.. iaitu aku dan 3 lagi rakan yg lain - 3 kereta dan 1 MPV yang boleh memuatkan 18 orang pelajar -

Bertolak dari kolej kediaman mereka pada jam 2.20 ptg... lebih kurang. Ada 3 pelajar yang menaiki kenderaan sendiri dan beberapa orang pelajar yang tidak dapat hadir atas alasan yg tertentu... Biarlah... mereka yang menentukan apa yang mereka mahu....... dan apa yang mereka tidak mahu... biar mereka yang menentukan.....

Tiba dihospital pada jam... lebih kurang 3.35 ptg.... dan kehadiran kami rupanya sudah terlalu lewat.... bukan bermaksud.... lewat yang tidak boleh jadi kerja... tapi... sebenarnya lewat 1 jam dari jangkaan pihak hospital......... aku x tahu dimana salahnya... miscommunication maybe.... tapi yang pastinya... tidak sihat untuk kami semua... terutamanya... pelajar2 yang ingin belajar....

so... selepas sesi taklimat sehingga 4.30 ptg.... menikmati jamuan ringan... seterusnya pelajar2 aku (kami) dipecahkan kepada 3 kumpulan...... - mungkin jika kami sampai lebih awal.. bilangan dalam setiap kumpulan tersebut akan menjadi lebih kecil... lebih kecil dari 6x/3 - ... setiap satunya dibawa oleh kakitangan Faber/Healthtronics ke jabatan2 tertentu di hospital... Kesian kepada pelajar2 aku.... minta maaf yer... Oh ya!!.. sebenarnya mereka terpaksa berhadapan dengan peperangan terakhir pada pagi hari ini... exam Elektromagnetik.............. yang merupakan killer subjek... pada pendapat aku laa...... dats y kami bertolak pada jam 2....

Lawatan berakhir dengan jayanya... walaupun x berapa memuaskan hati pelajar2 aku ni.. (aku rasa laaa hehehe)... so.. cabut ler... waktu dah menunjukkan jam 6.00 ptg... x solat lagi nih.... dipendekkan cerita... pergi solat kat Changloon... makan di Yasmeen Nasi Kandar... solat di rumah rakan-bersama student2 yg naik ngan lecturer kesayangan masing... x termasuk MPV..... bertolak pulang... sampai ke Kangar dalam jam 9.XX mlm...

Aktiviti Selingan II

Aku ke opis... melihat status proses yang ditinggalkan petang td... owh... x siap lagi.. hampeh.. kena ada user input utk menghabiskan proses... "Click -Yes-".. proceed...... "14 minutes left"

waiting...... surfing........ "8 minutes left"

surfing... waiting.... "Click -Yes- to restart"... "Clicked -No-"

Shutting down...

Packing....

Went back home..

Damn!! y the police did the roadblock today... argh... wasting my time meh.... every road next to the roundabout... no way out..... face it...

Aktiviti III

Sampai rumah dalam jam 10.00 mlm.... melekit badan.. penat.... plan nk start Fasa II... tapi... mengenangkan internet connection yg terlalu laju... aku batalkan hasrat murni aku ni... smbg esok pagi jer laaa.... herm...

Layan Naruto the Movie 2 - Bonds?.... herm... not in the right mood...

Surfing..... bla bla bla... aku terjumpa artikel menarik dari web Ustaz Zaharuddin... mengenai isu2 semasa yang hangat ketika ini.... Empat Isu Semasa: Ulasan Ringkas

herm... seperti nk mengabadikan aktiviti hari ini untuk tatapan masa hadapan....

Penutup

12.17 12.25 malam..... dah lewat... last kopek!!... reply sms.... pi bersiap2 utk beradu....

To do list:-

1) Fasa II: Upgrade to - Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope)
2) Membaca... memahami... memikirkan.... downloaded articles..
3) Meeting perpindahan.....
4) Bayar sewa rumah
5) ...................... rahsia!!

Selamat malam!... Assalamualaikum..

P/S: Minta maaf diatas ke-poyo-an grammer & susun atur ayat2 diatas... saje je ngada2 berbuat demikian...

Saturday, April 4, 2009

Harapan Kepada Najib

MCA tuntut jawatan TPM Cina
Malaysiakini.com
Apr 3, 09 3:03pm


Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin "perkongsian kuasa sebenar"...

Menurutnya lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja membantu merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara...

"Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat peri pentingnya dan keperluan mewujudkan jawatan-jawatan timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA."

read more..

**********
Artikel diatas dipetik dari malaysiakini.com... Harapan kepada Najib... Perintahlah negara ini dengan bijaksana, saksama & adil. Janganlah demi poket sendiri.... segalanya halal & segalanya haram... matlamat tidak menghalalkan cara.... dan janganlah mengharamkan sesuatu demi mencapai matlamat...

fikir-fikirkan.....

Tuesday, November 13, 2007

Apa nak jadi........ - SM Salim

“Mana ada satu kerajaan dan pemimpin di dunia ini boleh kawal harga minyak daripada naik termasuk Presiden Bush (AS) dan Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown,” Datuk Mohd Shafie Apdal - Utusan 13 Nov 07
***************************************************

‘‘Tentu sekali apabila mereka bertindak begitu, (mereka) nak tarik raja-raja atau Yang di-Pertuan Agong masuk atau memerangkap Agong dengan politik mereka.

‘‘Saya percaya Yang di-Pertuan Agong lebih matang dan akan dapat memahami serta tidak akan terperangkap dengan politik mereka itu,” PM Malaysia - Utusan 13 Nov 07

***************************************************

Beliau (Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar) yang turut kesal dengan kenyataan Perdana Menteri itu menyatakan jika sebelum ini Perdana Menteri menggunakan media untuk mencabar rakyat berhimpun, kini memanipulasikan semula himpunan itu dengan menuduh pembangkang mempolitikkan raja-raja. - HarakahDaily.Net 13 Nov 07

***************************************************

Esoknya, dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, Naib Canselor Tan Sri Dr Nordin Kardin telah diundang untuk berbicara mengenai Minda Melayu. Beliau banyak menasihatkan oran g Melayu agar bergiat cergas dalam lapangan ilmu dan berusaha memberikan idea membina dalam usa ha membangunkan negara. Siaran itu menarik perhatian seorang pemanggil, Zulkifli dari Gombak.

"Saya nak tanya, kalau semua laluan untuk menyalurkan pandangan dan kritikan ini sudah tutup, bagaimana lagi rakyat harus mengguna saluran? Tiada jalan lain melainkan jalan raya!" katanya ketika Nordin mengulas mengenai perhimpunan 100,000 rakyat itu. - HarakahDaily.Net 12 Nov 07

***************************************************

"Apa nak jadi ngan msia. Minyak nak naik lagi.. adoiiiiii.. penat laa aku. pas ni kena beli beskal. x larat nk bayar duit minyak. tol pun free. naik keta = minyak+tol. sume nk naik"

"Kalau PM tgk keadaan yg berlaku ngan hati yg terbuka, dia akan sedar bhw rakyat cuma mahukan pilihanraya yang adil. Kenapa perlu rakyat bertindak sedemikian? Adakah selama ini pilihanraya tidak adil dan berat sebelah? Kenapa badan bebas seperti SPR dipersoalkan? kenapa perlunya Suruhanjaya di raja?. banyak soklan Pak Lah kena jawab." kata to'wan