Friday, October 24, 2014
Ibadah Series: Doa Selepas Tahiyyat Akhir
http://soaljawab.wordpress.com/2007/09/08/doa-selepas-tahiyat-akhir-sebelum-salam-dan-membaca-doa-selepas-habis-solat/
Monday, August 18, 2014
Doa Hilangkan Sifat Resah Dan Terbeban Dengan Hutang
Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”
Thursday, July 31, 2014
Pintu Masuk Syaitan
1) Marah
§ Elakkan memukul anak ketika marah
§ Taawuz (Auzubillah) utk elakkan marah
§ Tukar posisi, kalau berdiri; duduk dan sebaliknya
§ Berwuduk
2) Hasad Dengki
3) Makan Yang Menyebabkan Kenyang Melampau
4) Keinginan Untuk Berhias Yang Melampau
§ Menunjuk-nunjuk
5) Gopoh dan Meninggalkan Perbuatan Menyemak Sesuatu Perkara Sebelum Disebarkan
7) Taksub Kepada Aliran, Guru, Mazhab dll
§ Membela orang yang melakukan kesalahan disebabkan sama aliran
§ Menghina dan mengutuk orang yang berbeza aliran
§ Mengutuk para ulama
§ Daging para ulama beracun. Ibnu ‘Asaakir rahimahullah berkata:
“Ketahuilah wahai saudaraku – semoga Allah memberikan taufiqNya kepada kami dan juga kepada engkau menuju keridhoanNya serta mmenjadikan kita termasuk dari kalangan orang-orang yang takut dan bertakwa kepadaNya dengan ketakwaan yang sesungguhnya – bahwasanya daging para ulama – semoga Allah merahmati mereka – adalah beracun, dan kebiasaan Allah untuk merobek tirai para pencela mereka telah diketahui, karena mencela para ulama dengan perkara-perkara yang mereka sendiri berlepas diri merupakan perkara yang besar, dan mencela kehormatan mereka dengan kebohongan dan penipuan adalah lahan yang buruk, serta berdusta atas para ulama yang telah dipilih oleh Allah untuk menegakkan ilmu merupakan akhlak yang tercela”. (Tabyiin Kadzib Al-Muftari hal 29)
§ Hendak menguji keberkesanan ilmu dan iman ialah dengan melihat kepada akhlak seseorang.
§ Akhlak yang paling utama adalah kepada isteri. Sabda Nabi SAW:
“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isteri-isterinya.”
[HR At-Thirmidzi no 1162,Ibnu Majah no 1987 dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Shahihah no 284].
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Dan akulah yang paling baik di antara kalian dalam bermuamalah dengan keluargaku.”
[HR At-Thirmidzi no 3895,Ibnu Majah no 1977, dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Shahihah no 285]
8) Kebakhilan dan Terlalu Takut Fakir
§ Zuhud: Harta tidak berada dalam hati, hanya di tangan
§ Zuhud: Emas dan pasir, sama nilai di tangan [Hassan Al-Banna]
9) Adanya Guru-Guru Agama Yang Mengajar Orang Awam, Ilmu Yang Tidak Sampai Peringkat Orang Awam Belajar- Ilmu perbahasan ulama yang mendalam- Timbul fitnah, pening orang awam.
Sumber Utama:
[1] Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus, https://www.youtube.com/watch?v=U9bFzCi8q9Y
Sumber Tambahan:
[2] http://muslimafiyah.com/mau-tahu-akhlak-sebenarnya-seseorang-tanyalah-istrinya-dan-ajaklah-bersafar.html
[3] http://keindahanislam.net/2014/01/29/daging-ulama-itu-beracun/
Wednesday, June 25, 2014
Mixed Feeling
Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.
Maksudnya: YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.
![]() |
| Di mana iman kita sekarang? |
Ya Allah.. kuatkanlah keimananku kepada Mu.... Jauhkanlah diriku dari tergolong dalam golongan orang yang rugi... Amin.
Thursday, July 25, 2013
Witir - Lebih Dari Sekali Dalam Satu Malam?
Wajar dituruti pandangan majoriti ulama yang MELARANG ditunaikan solat witir sekali lagi di akhir malam. Cukup sekali witir yang telah didirikan di akhir terawih bersama imam berteatan dengan saranan Nabi Muhammad s.a.w.
[source]
Wednesday, June 12, 2013
Himpunan Masalah Wuduk II
Urine, Wuduk & Solat
1) A certainty is not replaced by a doubt. A mere sensation not backed up by actual traces of urine can be safely ignored.
2) In the event that you actually ‘see’ some drops of urine then you need only run water over the affected area until the trace is removed. This should only take about a minute. There is no need to make the whole garment wet.
3) If you forgot where the urine was, just make an educated guess concerning where it might be and wash that area. After that you can consider the garment to be pure. [1][2]
4) Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin ditanya tentang persoalan ini:
Apabila saya selesai berwudhu, lalu saya menuju ke tempat solat, saya terasa keluarnya titisan air kencing dari zakar saya, maka apa yang perlu saya buat?
Jawapan:
“Yang sepatutnya hendaklah dia berpaling dari sangkaan ini, seperti yang diarahkan oleh para imam (ulama) umat Islam, dan jangan dia terpengaruh dengan sangkaannya itu, tidak perlu dia pergi (ke tandas) untuk melihat zakarnya, adakah betul-betul keluar ataupun tidak. Perkara ini insyaalllah jika memohon pertolongan dengan Allah daripada (was-was) syaitan yang direjam dan dia tinggalkan (sangkaannya), ia akan hilang. Adapun jika yakin (benar-benar air kencing keluar), seperti (jelasnya) matahari (benar-benar yakin), maka hendaklah dia membasuk bahagian yang terkena air kencing itu dan mengulangi wudhunya. Ini kerana sebahagian orang apabila dia merasa basah dihujung zakarnya, dia menyangka telah keluar sesuatu (sedikit dari air kencingnya), jika pasti (keluar air kencing, lakukanlah) seperti yang aku nyatakan kepada kamu, (masaalah) yang ditanya ini bukanlah salisul baul (penyakit air kencing tidak lawas), kerana ia akan berhenti, (sebaliknya) Salisul baul itu ia berterusan keluar, adapun yang ditanya ini ia keluar setitis atau dua titis selepas ada gerakan, ini bukan salisul baul. Maka jika keluar dua titik kemudian berhenti, ia hendaklah dibersihkan dan berwudhu kali kedua, beginilah yang dia (orang yang yakin benar-benar keluar titisan air kencing) lakukan, hendaklah dia bersabar dan mengharapkan pahala daripada Allah.” (Liqa’ al-Bab al-Maftuh 15/184) [3][4][5][6]
Wednesday, March 27, 2013
Hukum Bagi Keluarga Si Mati Menjamu Makanan
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian:
- Adalah Makruh & bi'ah bagi keluarga si mati untuk menyediakan makanan bagi menjamu orang ramai yang datang bagi menguruskan si mati dan sebagainya.
- Adalah menjadi sunnah untuk jiran tetangga dan kaum kerabat si mati menyediakan makanan kepada keluarga si mati.
- Perhimpunan kenduri memberi makan pada malam pertama selepas kematian, tujuh hari, dua puluh hari, empat puluh hari dan seumpamanya semuanya itu hukumnya makruh dan dicela oleh syarak. Amalan dan perbuatan itu dinamakan “ كفارة dan وحشة.”
Update:
Penerangan dari TG Nik Aziz Nik Mat
[Sumber]
Monday, October 15, 2012
Himpunan Masalah Khinzir & Anjing
“Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali. Inilah pendapat yang paling sah dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Nawawi: Yang lebih tepat dari segi dalil memadai membasuh kesan khinzir sebanyak sekali tanpa tanah. Inilah pendapat kebanyakan ulama dan inilah pendapat yang diterima pakai. Ini kerana asal sesuatu perkara tidak wajib melainkan adanya dalil syarak”. (Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi’i, Rahmah al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah, m.s 9, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Sunday, September 2, 2012
Himpunan Masalah Solat (Umum)
Solat Fardhu 2x Dalam Satu Waktu
@ TIDAK BOLEH. Dikecualikan seseorang yang telah bersembahyang fardhu terlebih dahulu, kemudian barulah didirikan solat secara jemaah, maka boleh bahkan dituntut supaya mengulangi balik sembahyangnya bersama jemaah. Sembahyang yang diulangi bersama jemaah ini dikira sebagai sunat. (Rujuk 1#2 untuk maklumat lebih lanjut) (1#1,#2)
Beralih Tempat Untuk Solat Sunat
@ Sebahagian ulama yang mengatakan sunat beralih tempat berdalilkan dengan hadis Muawiyah r.a (2#1)
Solat Dalam Kenderaan Bergerak
@ Tegas Imam Nawawi lagi didalam Sharh Muslim, bahawa jika boleh hendaklah dia mengadap Qiblah, baik semasa Qiam, rukuk’ dan sujud diatas kenderaannya – maksudnya – kenderaan itu tidak bergerak. Maka dia dikira telah menunaikan kewajipan menurut Mazhab kami. Jika kenderaan tersebut bergerak, maka solat tadi dikira tidak sempurna disisi al-Syafie. Maka solat tersebut perlu diulangi apabila sampai ke destinasi. (3#1)
Berdiri Menghormati Azan
@ Tiada dalil yang mensyaratkan untuk berdiri menghormati azan. Menghormati azan adalah dengan cara menjawabNya.
Tahiyyatul Masjid
@ Menghormati masjid adalah dengan cara solat tahiyyatul masjid sebelum duduk. Luput kesunnnahan solat tahiyyatul masjid dengan duduk yang lama atau duduk sekejap dalam keadaan dia tidak lupa dan tahu tentang kesunnahannya. (2#2, 4#1)
@ Dr Wahbah al-Zuhaili mengatakan: (4#1)
"Mengerjakan sembahyang fardu atau lainnya (sembahyang sunat), dapat menggantikan sembahyang Tahiyatul Masjid. Dan, tak perlu niat Tahiyatul Masjid."Kucing
"Barangsiapa yang tidak dapat mengerjakan sembahyang Tahiyatul Masjid kerana hadas atau lain-lain sebab, dia disunatkan mengucapkan empat tasbih berikut: Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar."
"Kucing bukan najis, ia termasuk hewan jinak yang berada di sekeliling kamu." Sunan Termidzi, no 92@ Kucing melintas dihadapan ketika solat - TIDAK membatalkan solat. Hanya anjing hitam dan keldai shj yang mengganggu solat. (5#1)
@ Jilatan kucing tidak membatalkan solat (5#1)
@ Ulama' khilaf dalam perkara ini. Tetapi bulu kucing juga bukan najis yang membatalkan solat (dimaafkan). (5#2)
Kencing Tidak Lawas
@ Madzhab Hanafi: dima'afkan air kencing yang keluar sedikit pada pakaian kerana dharurat (dalm hal ini disebabkan penyakit beser) (alMughni, Jld 1, ms 35)
@ Madzhab Maliki: dima'afkan hadath yang berlaku dengan sendiri tanpa dikehendakki seperti daaimul hadhath (kencing beser atau dedas) (lihat kitab Maliki: syarahal saghir, Jld 1, ms 71)
@ Madzhab Hanbali: dima'afkan air kencing daripada pengidap kecing tidak lawas yang sudah berusaha mengawalnya semaksima mungkin tapi masih sukar mengawalnya.(alMughni, Jld 1, ms 30)
@ Madzhab Syafi'iy: majoriti fuqaha' Syafi'iyah berpendapat adalah dima'afkan kencing tidak lawas di atas kesulitan untuk mengelakkan diri daripadanya.(lihat Imam Nawawi, alMjmu' Jld 1, ms 266, 292; Mughni alMuhtaj, Jld 1 ms 191-194. )
Kebanyakan fuqaha' Syafi'iyah di Nusantara berpendapat batal wudhu' jika diyakini menitisnya air kencing dan hendaklah dibasuhkan pakaian itu (KHM Hadzami Syafi'iy, Indonesia, 100 Masalah Agama)
@ Petua Imam alGhazali (fuqaha' Syafi'iyah)dalam Bidayah alHidayah, ms 12 untuk mengatasi penyakit Daaimul hadath ini: iaitu dengan melakukan istibro' yakni berdehem berkali-kali, kemudian mengurut zakar perlahan-perlahan tiga kali dengan tangan kiri dari pangkal zakar ke hujungnya bila setiap kali buang air kecil.
Rujukan
1) Solat fardhu #1, #2
2) Solat sunat #1, #2
3) Solat dalam kenderaan #1
4) Azan #1
5) Kucing #1, #2
6) Kencing tidak lawas
Saturday, September 1, 2012
Himpunan Masalah Solat Jumaat
@ Tidak disyaratkan apa-apa jumlah minimum bagi bilangan jemaah solat Jumaat. (1)
@ Pendapat yg rajih (lebih tepat) ialah apa jua syarat mengenai bilangan utk solat Juma'at tidak sahih dan hadis Jabir ra yg menetapkan bilangan 40 itu ditolak oleh ahli2 hadis. Imam Syun'ani, Subulus Salam: 2/56; Syawkani, nailool Awthor: 3/262' Ta'aliq Bulughul Maram: 1/90) (2)
Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh (Majmu' Fatawa: 20/208) " mana-mana orang yg i'tiqad wajibnya manusia utk mengikuti salah satu madzhab yg Empat, tanpa yg lainnya, maka wajib bertaubat...."@ Ahli Hadis yg paling menyerlah abad ini, alMuhaddith Albani telah membuat tahqeeqan (penilaian analitis) dalam masalah ini dan inilah rumusannya: (2)
Amat anih sekali dalam perkembangan Fiqh sehingga aku dapati ada 15 pendapat fiqih mengenai bilangan ahli Juma'at dan keabsahan solat Juma'at.
Jumaat dan Hal-hal berkaitan
@ Tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas orang musafir. Walaubagaimanapun amat dianjurkan untuk tetap menghadirinya sebagai pilihan terbaik antara dua pendapat serta kerana banyaknya fadilat solat itu sendiri. (1#1)
@ Niat solat jumaat jama bersama asar "Aku solat jumaat jama dengan asar.." (1#5)
@ Solat Jumaat adalah tetap sah sekalipun seseorang itu tidak dapat sujud dengan sempurna disebabkan oleh suasana masjid yang penuh sesak. (1#1)
@ Syarat sah solat Juma'at ialah didahului dengan dua khutbah. Adapun sifat khutbah, kaifiyat atau rukun2 itu adalah permasalahan khilafiah. Asalkan solat Juma'at itu ada dua khutbah sudah memenuhi syarat. Jika dia melanggar sunnah-sunnah khutbah tidak menjejaskan atau membatalkan Juma'at kerana hanya dia tidak bertahmid dan berselawat pada khutbah kedua kerana minima tahmid itu adalah pada khutbah pertama. Khutbah kedua adalah sambungan sahaja. (lihat Dr Sa'id alQahthani, Solatul Jum'ah, cetakan Riyadh: maktabah alJuraisi) (1#4)
@ Musafir selepas subuh dengan kenderaan yang boleh digunakan untuk ke tempat solat jumaat - Wajib solat jumaat. (1#6)
@ Masbuq solat jumaat - sah hukum jumaat sekiranya masbuq dengan makmum yang sekurang-kurangnya mendapat satu rakaat bersama imam (1#7)
Solat Sunat Jumaat
@ Pendapat yang rajih, tidak ada solat sunat qabliyah sebelum Jumaat (3)
@ Ketika Imam berkhutbah, solat tahiyyatul masjid sebelum duduk (3#3)
@ Solat sunat 2 atau 4 rakaat selepas Jumaat. Afdal 4 rakaat. (3)
Rujukan
1) Jumaat dan permasalahan #1, #2, #3, #4, #5, #6, #7
2) Bilangan Makmum #1, #2
3) Solat sunat Jumaat #1, #2, #3, #4
Sunday, August 19, 2012
Himpunan Masalah Solat Jama'
Tidaklah Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam jika diberi dua pilihanTempoh Ruksoh
kecuali baginda memilih yang paling mudah diantaranya selagi tidak
mengandungi dosa. (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahih
al-Bukhari, Kitab al-Hudud, hadis no. 6786.)
@ Tiada batasan tempoh had berdasarkan hadis yang berbeza-beza mengenai tempoh nabi SAW melakukan solat qasar. (4#1)
@ Solat dalam waktunya adalah lebih afdal. Tetapi jika terdapat kesulitan walaupun sudah tiba di destinasi, dibolehkan jama'. (4#1) (4#4)
@
@ Walaupun solat tamam ketika musafir, tiada masalah kerana rukhsoh. Kerana sesetengah orang (awam) berpendapat terputus ruksoh musafir itu. (4#3)
Jama' Ketika Tidak Musafir
@ Wujud perselisihan disebabkan tafsiran kepada hadis Ibn Abbas
Ibnu Abbas r.a. berkata: Bahawasanya Nabi s.a.w. pernah menjamakkan antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya. (HR al-Jamaah kecuali Bukhari dan Ibnu Majah).@ Imam Syafie & Imam Malik - jama' hanya dibolehkan ketika hujan (selain dari musafir).
Imam al-Nawawi berkata, segolongan ulamak besar membenarkan jamak di dalam keadaan tidak musafir, kerana ada keperluan, asalkan tidak dijadikan adat yang tetap. Demikianlah pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari ashab malik. Diriwayatkan juga oleh al-Khathabi dari al-Qaffal al-Kabir dari kalangan pengikut al-Syafi'i. (Ibid.)@ Imam Ahmad & Hanbali - lebih luas tempoh ketika yang dibenarkan. (6#2)
@ Jumhur ulamak berpendapat bahawa tidak boleh melakukan jamak kerana hajat. Golongan ulamak selain mereka berpendapat boleh jamak kerana hajat (tidak kerana musafir/hujan/sakit).
Kesimpulan:
Tidak menjamak-kan secara sebarangan. Dalam keadaan tidak bermusafir, hendaklah dilakukan apabila keadaan benar-benar memerlukan dan mendesak (Berdasarkan mazhab Hanafi & Hanbali). Jika ada ruang untuk mengerjakan sembahyang secara biasa, maka lakukanlah. Dan berusahalah semampu mungkin untuk mengerjakan sembahyang pada waktunya masing-masing kecuali pada tempat-tempat yang dibenarkan. (6#1)(6#2)
Jama' Sebelum/Selepas Perjalanan Dirumah
@ Solat Jama’ sebelum perjalanan diperbolehkan jika terdapat kesukaran untuk bersolat semasa didalam perjalanan. Solat Jama’ ini dilakukan tanpa menqasarkan (memendikkan) solat tersebut, kerana permusafiran belum dimulakan lagi. Begitulah juga keadaan seseorang yang pulang dari permusafiran yang tidak dapat menunaikan solat, maka diperbolehkan menjama’kan solat tanpa mengqasarkannya. (7#1)
@ "Jika musafir ingin bertolak dari tempat tinggalnya sebelum tergelincir matahari (sebelum Zohor), maka hendaklah dia solat Zohor dan Asar secara Jama' Ta'khir, walaubagaimana pun jika dia bertolak dari tempat tinggalnya selepas tergelincir matahari (masuk Zohor), Maka yang paling afdal ialah melakukan solat Zohor dan Asar secara Jama' Taqdim" [Majmu' Fataawa, 13/162]. (7#2)
Jama' Tanpa Niat
@ Ulama khilaf dalam hal ini. Ada yang berpegang kepada syarat solat jama' adalah berniat pada waktu pertama (contoh diatas adalah waktu maghrib), semasa takbirnya. Ada juga yang menjadikan niat pada solat pertama itu sebagai bukan syarat sah solat jama' tersebut. (8#1)
@ Jumhur ulama' mensyaratkan agar tahu tempat yang dituju (berniat memulakan perjalanan) (8#2)
@ Dari segi pemilihan takdim atau ta'akhir diberi sepenuhnya pilihan kepada si musafir mengikut musyaqqah (kesusahan) yg dialaminya atau bila ada kelapangan dan keringan.
Jika dia tidak ada kesempatan solat takdim kerana berada di atas kenderaan, maka ia boleh niatkan untuk ta'akhir sebelum waktu solat pertama itu tamat. (8#2)
@ Tidak terdapat sebrg dalil mengenai perlunya niat jika ingin menjama’kan solat ini. Inilah pendapat jumhur ulama’. Ibnu Taimiyyah mengatakan bhw Rasulullah saw tidak pernah memerintahkan kpd sahabat2 supaya berniat utk melakukan jama’ maupun qasar.(Fiqh sunnah dan koleksi hadis hukum 4) (8#3)
Solat Jumaat & Jama'
@ TIDAK BOLEH untuk menjama' solat Jumaat & asar (9#1)
@ Boleh bermusafir pada hari Juma'at kecuali jika azan Zuhur sudah berkumandang, maka haram bermusafir ketika ini (Kena solat Jumaat). (9#2)
@ Berikut diringkas beberapa pandangan Mazhab bagi mereka musafir yang tidak diwajibkan solat Jumaat :-
a. Mazhab Syafie : - Boleh keluar bermusafir sebelum Fajar dan dia berada ditempat yang tidak didengari azan Jumaat.
b. Mazhab Maliki : - Dibolehkan musafir sebelum Fajar, Makruh selepas Fajar akan tetapi tidak dilarang perjalanannya.
c. Mazhab Hanbali :- Makruh musafir sebelum Fajar, di haramkan selepas tergelincir matahari melainkan keadaan ketakutan atau dalurat atau kemudharatan.
d. Mazhab Hanafi : - Tidak makruh musafir sebelum tergelincir matahari.
Begitulah pandangan ulama' mengenai hukum Solat Jumaat bagi mereka yang bermusafir, iaitu mereka yang bermusafir pada hari Jumaat. Dirumuskan bahawa tidak wajib Jumaat musafir sebelum hari Jumaat, bagi yang bermusafir selepas fajar maka wajib Jumaat keatasnya menurut setengah ulama' dan tidak wajib bagi sebahagian yang lain. (9#3)
@ Kesimpulannya, Solat Jumaat tidak wajib semasa musafir. Akan tetapi, jika seseorang itu sempat melakukan Solat Jumaat, maka itu merupakan satu kelebihan baginya. Pandangan ini lebih hampir kepada fiqh yang taisir (mudah) dan ruhsah (keringanan).
Jarak Antara Solat Jama' Pertama & Kedua
@ Didalam solat jama' (Jama' Taqdim sahaja bagi Mazhab Syafie), ia hendaklah ditunaikan secara muwallat (الموالاة); dimana Imam Nawawi didalam Matan Minhaj al-Thalibin menyebut 'waktu perpisahan itu tidak panjang' : (لا يطول بينهما فصل), iaitu sekadar duduk sebentar dan bangun menunaikan solat yang kedua. (10#1)
@ Bercakap tidak termasuk dalam perkara yang memutuskan muwalat kecuali bersembang (panjang). (10#2)
Jama' & qasar yang menjadi kebiasaan
@ Jika anda bekerja dalam satu kawasan Bandar yang besar, walaupun jaraknya melebihi 90km, anda tidak memndapat kelonggaran menqasarkan solat oleh kerana belum dianggap musafir, iaitu melintasi sempadan Bandar tersebut. (12#2)
@ Tidak kira berapa kerap seseorang itu bermusafir, ia tetap mendapat ruhsah / kelonggaran didalam bersolat secara Qasar. Apa yang tidak dibolehkan adalah sentiasa menjama’ solat. Kebiasaan menjama’ solat ini adalah sesuatu yang dilarang, kecuali didalam keadaan-keadaan yang terdesak. (12)
Solat Di Dalam Kapal Terbang
@ Jelasnya bagi waktu Maghrib, Isyak, dan Subuh akan dapat diketahui dengan melihat kepada tanda-tanda masuknya waktu , seperti waktu Maghrib masuk apabila matahari tenggelam , hilangnya cahaya merah menandakan masuknya waktu Isyak dan terbitnya matahari, adalah tanda masuk waktu Subuh.Adapun bagi waktu Zohor dan ‘Asar, boleh dikerjakan dengan cara melakukan ijtihad dan berusaha dengan apa sahaja cara yang termampu untukk mencari dan mengetahui masuknya waktu solat , apabila dapat diketahui waktunya di Negeri yang kamu berada di atasnya, maka kamu hendaklah melewatkan sedikit solat dari tempoh itu, kemudian barulah solat.Ini kerana waktu anda berada di dalam kapal terbang adalah tidak sama dengan waktu ketika berada di bumi. Anda juga boleh menjamakkan antara Zohor dengan ‘Asar, dan Maghrib dengan ‘Isyak samaada dengan cara jama’ al-Taqdim ataupun jama’ al-Ta’khir berdasarkan mana yang lebih mudah dan tidak membebankan bagi anda. Anda juga boleh bertanya kepada Kapten pesawat kerana dia memiliki peralatan yang boleh mengetahui waktu-waktu solat di udara.
Dan ketahuilah, sesiapa yang terlindung baginya (mana-mana) waktu solat, kemudian dia berijtihad dengan kadar kemampuannya, dan dia solat (berdasarkan ijtihadnya tadi) , maka solatnya dikira sah, kecualilah apabila jelas padanya (selepas itu) bahawa solatnya tadi dilakukan sebelum masuk waktu, maka hendaklah dia mengulangi solatnya.Jika tidak , maka tidak mengapa. (13)
Rujukan
1) Penjelasan Ustaz Asri - Rujukan 1
2) Himpunan Soal Jawab Panelis Al-Ahkam (Umum)
3) Imam solat asar, makmum masbuq solat zohor (solat jama')
4) Tempoh rukhsoh & kaedah solat (qasar & jama' atau qasar/jama') #1, #2, #3, #4
5) Watan Asli #1
6) Jama' bukan kerana musafir #1, #2
7) Jama' dirumah #1, #2
8) Jama' & keperluan berniat #1, #2, #3
9) Solat jumaat & jama' #1, #2, #3
10) Tempoh masa antara solat jama' pertama & kedua #1, #2
11) Jarak musafir #1
12) Jama' & qasar setiap hari #1, #2
13) Masalah di dalam kapal terbang #1
Sunday, July 22, 2012
Saturday, June 9, 2012
Wuduk.Khuf.Setoking.?
http://klinik-muallij.blogspot.jp/2012/06/khuf-setokin-kulit-dan-soal-jawab.html
http://fikrahhalaqah.com/hukum-sapuan-ke-atas-stokin-ketika-berwuduk-adakah-dibenarkan/
http://darulruqyah.wordpress.com/2011/07/12/stokin/
Wednesday, February 29, 2012
Himpunan Masalah Wuduk
Secara tak sengaja..... tapi... semuanya adalah asbab semata...
Allah maha menghendaki...
Maka tiada halangan untuk Allah mengurniakan secebis dari IlmuNYA yang maha luas kepada hambanya ini...
Maklumat 1
"Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain. Dalam mazhab Syafi’i, adalah batal apabila bersentuhan mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk."
Maklumat 2
Apakah pendapat mazhab lain berkenaan dengan bersentuhan kulit antara suami dan isteri?
Perbincangan yang panjang boleh didapati melalui link rujukan dibawah.
Berdasarkan perbincangan tersebut, beberapa soalan telah dikemukakan kepada seorang panel al-ahkam.net dan berikut adalah isi kandungan soalan dan jawapan tersebut:
Q: Assalamualaikum wbt,
Saya telah banyak membuat carian di al-ahkam.net dan web yang lain berkenaan dengan "Status wuduk suami & isteri yang bersentuhan". Jawapan yang saya perolehi dari link (http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=94&t=33588) telah banyak membantu saya dalam memahami isu berkenaan. Walaubagaimanapun terdapat 2 soalan yang perlu saya kemukakan sebelum saya berani beramal dengan apa yang telah saya fahami. Malangnya pendaftaran baru bagi forum al-ahkam.net telah ditutup buat masa ini.
1) "TALFIQ yg dilarang ialah: menggabungkan 2 pendapat itu dalam SATU MASALAH yg ada dua cabang yang berkaitan."
-- Berdasarkan penyataan ini, kefahaman saya ialah: saya perlu mengikut mazhab hanafi berkenaan dengan perkara yang membatalkan wuduk sekiranya saya ingin menggunakan pendapat bahawa sentuhan antara lelaki dan perempuan tidak membatalkan wuduk. Mohon penjelasan dr ustaz.
2) Macam mana baru dikira seseorang itu telah melakukan "mencari-cari perkara yang mudah dalam ibadah" yang dilarang tersebut.
Jazakallah...
A: Wa’alaikumussalam
Saya akan cuba menjawab dengan kadar ringkas. Sebenarnya, saya jarang menjawab soalan fiqh di FB.
Mengenai pendaftaran al-ahkam, InSyaAllah dalam beberapa bulan Ustaz Zainys merancang untuk membuka ruang soal-jawab kembali setelah melakukan upgrade kepada laman tersebut.
Ulama’ berbeza pandangan mengenai hukum talfiq ini. Pandangan terkuat membenarkan talfiq dilakukan diantara sebabnya adalah :-
1. Keadaan dalurat. Contohnya apabila seseorang melakukan Tawaf, tidak mungkin sampai bila-bila dia dapat mengelak dirinya dari menyentuh wanita.
2. Melakukan Talfiq dengan niat “kerana kita tidak mampu atau kelemahan kita” dan bukan merendahkan dalil sesuatu mazhab yang muktabar.
Soalan 1 – Benar, apabila kita mengambil pandangan Imam yang mengatakan tidak batal wudhu’ jika tersentuh wanita ajnabi, maka hendaklah juga kita mempelajari cara bagaimana mengambil wudhu’ menurut pandangan Imam tersebut. Perkara ini adalah penting bagi menjaga keuntuhan fiqh Islam.
Soalan 2 – Makna mencari perkara yang mudah-mudah didalam ibadat ini bermaksud mengambil semua pendapat-pendapat yang mudah didalam beberapa Mazhab Fiqh (a) yang saling bertentangan dan (b) mengambil pendapat ini kerana kepentingan nafsu. Contohnya, bernikah TANPA wali (kerana mengambil pendapat Mazhab Hanafi), juga TANPA saksi (kerana mengambil pendapat Mazhab Maliki) ,TANPA maskahwin (kerana mengikut Mazhab Hanafi) dan bernikah dengan anak zina hasil penzinaannya (kerana mengikut Mazhab Syafie) .
Talfiq ini adalah dilarang kerana :-
a. Menghimpunkan semua pendapat yang mudah dari pelbagai Mazhab untuk kepentingan hawa nafsu.
b. Mengumpul pelbagai pendapat yang bercanggah didalam satu permasalahan
Secara penuh berhemah, hendaklah seseorang yang melakukan Talfiq melakukannya kerana kelemahan diri masing-masing dan tidak bertujuan membelakangkan pandangan Imam-Iman Mazhab yang muktabar. Berlainan dengan mereka yang sudah mempunyai kekuatan untuk memilih pendapat yang pada pemahamannya dalil sesuatu pandangan itu dianggap lebih kuat dari yang lain, iaitu kaedah yang dinamakan Tarjih, yang hanya dilakukan oleh mereka-mereka yang alim ilmunya, seperti mufti atau Majlis Mufti / Majlis Fatwa. WA
Bacaan & rujukan lanjut:
1) Mengikut hukum bukan dari mazhab shafie
2) Status wuduk apabila sentuh isteri
3) Bahaya anti mazhab
4) Fatwa Dr Yusuf Qardawi - Bertaklid kepada Mazhab
6) Video performing wuduk
7) Wuduk mengikut pandangan mazhab Maliki
8) Bagaimana perempuan membasuh kepala apabila wuduk
Tuesday, February 14, 2012
14 February
FB status regarding Valentine's Day....
Stuff like Valentine's Day on the net....
It is 14 February today!! LoL!!... (~mode... just realize a few seconds ago)
Why the heck I care about 14 February?!!....
And why the "fish" every young muslim's couples care about Valentine's Day??!!
Today is just an ordinary day......
Remember Allah everyday......
Wednesday, November 16, 2011
Syarat Halal Pelaburan Emas
tapi hari ni ada satu artikel yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama.... so.... da banyak duit apa lagi.... pulun emas aaar... $$$$$$$$$$$$$$$$!!
Keputusan Majlis Fatwa Syarat Halal Bagi Pelaburan Emas
Sunday, September 5, 2010
Pesanan buat SUAMI - Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah
Artikel ini dipetik dari mukabuku
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Tuesday, August 31, 2010
Islam Masuk Masjid?!!
mungkin ini tandanya akhir zaman..... orang yang jahil sibuk-sibuk nak komen pasal agama.... sembahyang pun belum tentu lengkapnya.... puasanya boleh ditanya... muamalatnya... malas nk kata....
Kalau orang kafir tengok orang Islam Malaya ni.... apa laaa agaknya komen diorang....
Kalau orang kafir kenal Islam melalui orang Melayu Malaya ni... apa laaa agaknya pendapat diorang....
Kalau orang kafir kenal Islam dengan Al-Quran & Hadith ..... apa laaa agaknya fikir diorang...
Mudah2an Islam sentiasa subur di bumi Malaya ini... Ameen
P/S: Apa Kata Ilmuan Islam? Dr. Maza #1, Dr. Maza #2, Saiful Islam
Sunday, August 23, 2009
Kesilapan Lazim Umat Masa Kini di Bulan Puasa
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Tuesday, March 10, 2009
Susahnya nak Kawen di Malaysia
Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.Bila dah jadi benda2 cam ni.. mulalah jadi zina plak... isk... sape nk tanggung?? Pastu bile kawen, letak hantaran mahal2... sekarang ni standard 8k... kalau anak keje bes sket... or pasangan dia keje bes ie Lecturer, Doktor.. mulalah nk letak 10k... apa??!!! Ingt keje besar x tempat lain ke nk buang duit.. isk... Biarlah dia gunakan duit tu lepas kawen.... pegi honeymoon ke... beli umah ke.. etc... ni lepas kawen kena ikat perut.. makan megi... apa raaa..... (sapa nk amik aku jd menantu nanti nih isk...)
Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya
Zaman la ni.. kenduri je dh wat aku pening.. aku belum kawen... tp dh pening sbb aku nk kawen lmbt lagi.. for sure.. ongkos meningkat haha.... aku ingt nk wat sempoi jer... tp mesti ada org kutuk... dpt pahala free....Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:
“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.
Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.
****
Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah
****
Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.
Demikianlah hendaknya.... kalau nak baca bnyk lagi... masuk blog Dr Asri aka Dr Maza ni....
Okeh geng... calo......
